My Personal Profil

Saya, Syed Mohd Adib Bin Syed Mohd telah dilahirkan pada hari Rabu bersamaan 4hb September 1985, jam 2.41 petang di Hospital Besar Ipoh. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, Perak. Kemudian, pada tahun 1998, saya meneruskan persekolahan di St. Michael's Institution, Ipoh.

St. Michael's Institution, Ipoh, Perak

Semasa di sekolah rendah, saya mengikuti pembelajaran di kelas 1 Fasih (1992), 2 Disiplin (1993), 3 Juara (1994), 4 Juara (1995), 5 Juara (1996), dan 6 Perkasa (1997). Semasa di sekolah menengah pula, saya mengikuti pembelajaran di kelas 1A4 (1998), 2A4 (1999), 3A4 (2000), 4 Sains 1 (2001), dan 5 Sains 1 (2002).

Ahli-ahli keluarga saya ialah Syed Mohd Bin Syed Shahidin (bapa), Emak, Syed Mohd Akmal dan Syed Mohd Amir (abang - kembar), Syarifah Adibah dan Syed Muhammad Azraei (adik). Saya merupakan anak ke-3 daripada lima adik-beradik.

Saya ingin menyahut seruan kerajaan yang mahu menambahkan bilangan kaum Bumiputra dalam bidang profesional, dengan bercita-cita untuk menjadi seorang Jurutera Komputer. Justeru, untuk merealisasikan cita-cita saya itu, saya telah mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat sebagai mata pelajaran tambahan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kini, saya telah menamatkan pengajian di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer).

DTK6A PUO Sesi Julai 2006

Di waktu yang terluang, saya gemar melayari dan membina laman web di samping mengemaskini laman web ini. Sekiranya diberi peluang, saya juga gemar memancing ikan sama ada di tasik atau di laut.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah tokoh dunia yang paling saya minati semenjak kecil lagi. Antara ciri-ciri yang menjadikan Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini sebagai tokoh dunia yang paling saya minati ialah teguh pendirian, tidak mudah berputus asa, mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi dan banyak lagi.

Kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan saya, bolehlah berhubung melalui e-mel myadib@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails