Sayur & Buah di Jusco

Buah & sayur di pasar kat Jaya Jusco

Saje singgah Jusco untuk beli hadiah kawin Roa dalam perjalanan ke rumah bakal pengantin ni. Dalam perjalanan nak balik tu, ternampak lak buat tomoto ni. Cantik je. Bulat-bulat semuanya. Pastu curi-curi ambil gambar. Thanks kat guard perempuan yang buat-buat tak nampak.

Semoga Berbahagia

Rumah Bakal Pengantin, Roazzila

Sabtu minggu depan (5 Ogos 2006), Insya-Allah, Roa akan melangsungkan Hari Bahagianya. Tapi yang sedihnya, aku tak dapat nak datang. Ada hal lak hari Sabtu tu. Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat.

Satu Ringgit 1981

Wang kertas Satu Ringgit yang digunakan pada tahun 1981

Lost Season 2 Finale

Sebahagian pelakon utama Lost Season 2

Lost dah pun nak sampai season finale Isnin minggu depan kat channel 17 AXN Astro. Tapi malangnya, aku dah pun tengok beberapa bulan yang lepas. Dalam bulan 9 nanti, Lost Season 3 akan muncul. Tapi kat Torrentspy la. Buat Sabil yang kini berada di KUTKM Melaka, aku akan downloadkan semua siri selagi PC aku ni termampu.

TATA Telcoline

TATA Telcoline

Siap Juga Akhirnya

Abg Zaidi & Kak Fieda

Akhirnya, siap gak video slideshow kawin Abg Zaidi & Kak Fieda. Kalau ikutkan memang boleh siap awal seperti yang dirancang. Tapi PC lak buat hal. Ada je yang tak kena. Dah siap, terus call Abg Zaidi bagitau nak datang ofis Multimedia tuk serahkan VCD kawin ni. Lagipun dah lama tak lepak kat ofis tempat praktikal masa sem 4 kat PUO dulu. Best sangat praktikal hampir 6 bulan kat sini. Pengalaman yang tak akan dilupakan, masa kamera JVC yang besar tu, jatuh kat Dewan Jubli Perak PUO. Nasib baik la kamera tu takde apa-apa. Bos plak, En Zainal (En Nana) cool je, tanya pun cam aku baru jatuhkan handset aku sendiri. Thanks buat En Nana yang bagi aku peluang meneruskan praktikal kat situ. Dipendekkan cerita, setelah dibedah siasat, rupa-rupanya kaki tripod kamera tu menjadi punca kejatuhan kamera yang dipegangnya.

Calar Tidak Berbau

Abis calar kereta Kancil ni.

Dinding ni juga turut menjadi mangsa.

Babyku Sayang

Kalau tidurmu tiada lena, bukan kerana panasnya malam...
tapi itulah tandanya, aku mengingatimu...

Kalau tidurmu termimpi akan diriku...
itulah tandanya, aku merinduimu...

Kalau tidurmu memeluk bantal dan terjaga di tengah malam...
itulah tandanya, aku memanggil-manggil namamu...

Kalau tidurmu mengiring ke kiri tanpa bantal di sisi...
itu tandanya, aku membisikkan cinta syahduku padamu...

Kalau tidurmu mengiring ke kanan dengan wajah yang tenang...
itulah tandanya, ciuman sayang telah ku kirimkan...

Sayang...percayalah! Aku sentiasa merinduimu...

Hani Mohsin Hanafi

Allaryarham Hani Mohsin Hanafi

Terkejut petang tadi tengok Berita Terkini kat TV3. Muda lagi arwah ni. Baru 41 tahun. Seluruh urusan pengembumian beliau diuruskan oleh bekas isterinya Datin Seri Tiara Jacquelina. Allayarham merupakan anak tunggal dan yatim piatu. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

p/s: Suka tengok arwah jadi hos Roda Impian kat Astro Ria.

‘Aku letih, aku nak rehat panjang’
Utusan Malaysia: Rabu, 26 Julai 2006
Oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

KUALA LUMPUR 25 Julai – "Letih sangat rasanya, lepas ni aku nak rehat panjang," begitulah luahan terakhir Allahyarham Hani Mohsin Hanafi kepada rakan karibnya, Abdul Halem Mat Som, 40, ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran kepunyaan selebriti Linda Onn, di Ampang Point, Ampang, semalam.

Abdul Halem, yang bertugas sebagai Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, sepanjang pertemuan mereka tengah hari itu, Allahyarham berulang kali mengadu keletihan akibat sibuk dengan penggambaran drama.

"Mungkin inilah yang Allahyarham maksudkan dengan ‘rehat yang panjang’. Ketika itu, saya tidaklah ambil berat luahan Allahyarham sebab dia memang bercadang mahu bercuti dengan anaknya, Hani Karmila ke Langkawi," katanya ketika ditemui di rumah Allahyarham Hani Mohsin di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Menurut Abdul Halem, dia pada mulanya tidak percaya apabila mendapat tahu kematian Allahyarham hari ini kerana baru semalam mereka bergurau serta bergelak ketawa.

Katanya, ketika bertemu Allahyarham semalam, beliau perasan riak wajah Allahyarham agak berbeza berbanding sebelum ini.

"Semalam, saya lihat wajah Allahyarham agak berseri-seri. Saya katakan padanya, mengapa wajahnya nampak berseri-seri, tetapi beliau hanya tersenyum," ujarnya.

Related Posts with Thumbnails