Generasi Telefon Bimbit Saya

1) Nokia 3310 | 2001 - 2003 | RM400

2) Nokia 3120 | 2003 - 2006

3) Nokia 6070 | 2006 - 2008

4) Nokia E65 | 2008 - 2009

5) Nokia 5800 XpressMusic | 2009 - 2012 | RM1,000

6) Samsung Galaxy Note | 2012 - 2013 | RM1,999

7) Samsung Galaxy S3 | 2013 - 2015 | RM1,299

8) OnePlus 2 | 2015 - Sekarang | RM1,699

Road Trip with My Broadband

Cerita pasal broadband ni, aku memang dah lama pakai mobile broadband ni. Kalau pergi je mana-mana, aku akan bawak sekali notebook dan broadband. Kalau tak check email, update blog dan baca paper online, memang tak sah! Suatu hari nanti aku pasti nak try WIGGY P1 W1max ni. Dengar cerita macam best je.

Saksikan juga episod seterusnya Project Alpha Season 2:

Episod 8



Episod 9



Episod 10



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Slot Drama TV3 Akasia - Adamaya

Best jugak la drama ni. Kalau nak dibandingkan dengan filem I'm Not Single, rasanya lagi best, takde la meleret-leret walaupun diadaptasi dari filem tersebut. Watak Adam yang dilakonkan oleh Syed Hussein juga bagi aku, lagi sesuai dan best jika dibandingkan dengan Farid Kamil. Sebelum ni pun, aku dah pernah tengok lakonan mantap Syed Hussein dalam filem Sepi. Watak jahat lakonan Faizal Yusup pun menjadi-jadi. Geram jugak dibuatnya. Apa-apa pun cerita ni memang best!

Sinopsis

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun, lakonan Syed Hussein, dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam berkelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada kerja-kerja berkaitan fotografi. Maya pula merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka sebelum ni adalah sahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani, bekas kekasihnya. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Secara ringkasnya, Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.

My Dream Destination

Destinasi Impian! Banyak sebenarnya tempat saya dan keluarga nak pergi. Dalam Malaysia pun tak habis pusing lagi. Cadangnya, bila dah cukup keperluan nak pergi melancong, saya teringin nak ke Bumi Kanggaro, Australia! Teringin nak ke semua lokasi ikon Australia, 16 kesemuanya iaitu Ningaloo, Kimberley, Great Ocean Road, Gippsland, Hutan Belantara Tasmania, Freycinet, Kangaroo Island, Flinders Ranges, Great Barrier Reef , Fraser Island, Red Centre, Kakadu, Byron Bay, Blue Mountains, Namadgi National Park, dan Australian Alps. Wah, besarnya impian!

Kangaroo Island

Nama sahaja "Pulau Kangaroo", tetapi haiwan-haiwan lain pun ada juga, antaranya anjing laut, platipus, koala dan sudah tentu kanggaru. Di pulau ni juga, pengunjung dibenarkan untuk memberi makan kepada burung undan dan lihat sotong katak gergasi, kuda laut dan penguin kecil di Kingscote Wharf. Boleh juga lihat walabi, possum berekor berus dan kanggaru semasa lawatan melihat haiwan yang aktif pada waktu malam di sepanjang American River. Boleh juga peluk koala dan beri makan kepada burung lorikeets dengan tangan kita sendiri, pegang possum atau biarkan badan kita dilingkari oleh ular di Stokes Bay. Kalau nak tengok singa laut Australia boleh juga ke Seal Bay dan kita akan dapat lihat koala di mana-mana sahaja terutamanya di atas pokok di Hanson Bay Sanctuary dan Western Ki Caravan Park. Fuhh! Alangkah indah dan bertuahnya kalau dapat melancong ke Australia dan sudah pasti Malaysia Airlines akan menjadi pilihan utama! "World's Best Cabin Staff".










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Jantina Anak: Lelaki atau Perempuan?

Merah Jambu = Perempuan | Biru = Lelaki

Kalendar jantina di atas adalah ramalan atau panduan untuk merancang jantina anak. Ketepatan kalendar ini adalah sekitar 93 peratus. Walaubagaimanapun, kita hanya mampu untuk merancang, hanya Allah sahaja yang menentukannya. Anda juga boleh menguji ketepatan kalendar ini dengan jantina diri sendiri. Contohnya:

Tahun Lahir Emak: Mac 1959
Tarikh Lahir Saya: September 1985
9 Bulan Sebelum Tarikh Lahir Saya: Disember 1984
Umur Emak Pada Disember 1984: 25 Tahun

Okey, sekarang lihat pada jadual di atas. Pilih "25" di bahagian melintang dan lihat "Dec." di bahagian menegak. Jelas sekali keputusannya adalah warna Biru. Maka saya adalah seorang Lelaki. Sila tinggalkan komen sekiranya anda berjaya atau tidak dalam percubaan ini. Sebarang pertanyaan juga akan dilayan. Selamat mencuba!

Sumber: Chinese Lunar Pregnancy Calendar

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan dalam sebarang bentuk samada secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan jadual di atas untuk menentukan atau mengetahui jantina anak/diri sendiri.

Persediaan Bergelar Seorang Ayah

Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah. Bahkan, ada segelintir suami yang turut merasai beban alahan dan peritnya seperti mana wanita mengandung. Merekalah yang menanggung alahan muntah atau pening-pening, sehingga tidak lalu hendak makan sedangkan isterinya nampak sihat dan tidak mengalami alahan. Adalah harus bagi suami tidak memandang enteng kepada kehamilan isteri. Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat diteruskan dan diperkembangkan. Setiap pengantin baru yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir dalam menentukan proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bapa merupakan penjana dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dipikul oleh bapa. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan demi memastikan hala tuju sesebuah keluarga itu berada dalam landasan yang betul. Selain itu, istilah bapa milenium atau bapa alaf baru memberi gambaran yang jelas tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh bapa masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan pendedahan ilmu pengetahuan secara global, golongan bapa juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan datang mempunyai jati diri yang tinggi. Justeru, dalam masa 40 minggu di mana anda dan pasangan menanti kelahiran bayi, akan ada beberapa ketika di mana suami memerlukan banyak kekuatan emosi untuk anda berdua.

Perubahan Hormon

Perubahan pada tubuh pasangan anda serta tahap hormon yang sentiasa turun naik, mungkin akan menyebabkannya mengalami pelbagai jenis emosi. Suami perlu sentiasa di samping bagi memberi keyakinan pada isteri begitu juga dengan luahan perasaan suami apabila isteri berkelakuan sebegitu. Ceritakan perasaan anda kepada isteri dan benarkan dia memberi anda sokongan emosi seperti mana yang anda lakukan untuknya. Selain itu, pada proses kehamilan isteri, ramai lelaki mengalami kenaikan berat badan kerana rasa simpati terhadap pasangan mereka yang sedang hamil. Ini kerana melihat isteri yang turut menambah makanan sekali gus turut berkeinginan untuk berbuat demikian. Bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan, adalah dinasihatkan untuk melakukan senaman bersama pasangan anda.

Senaman

Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk kedua-dua ibu serta bayi dan anda juga boleh menjadi sihat di samping menghabiskan masa bersama pasangan dan bayi anda. Jika anda dapat memupuk satu budaya senaman keluarga sekarang, ia akan menjadi lebih mudah untuk anak-anak anda menjadi sihat pada masa hadapan. Suami dan isteri juga boleh melakukan senaman antenatal yang sering dianjurkan oleh hospital-hospital bagi memberi panduan kepada bakal ibu dan ayah yang menanti kelahiran pertama. Senaman ini juga mampu mengurangkan rasa takut bakal ibu dalam menghadapi saat melahirkan anak. Walaupun melahirkan anak hanya melibatkan kaum ibu, kehadiran bapa juga amat dialu-alukan bagi memberi sokongan dan sebagai tanda kasih selain mempelajari teknik menangani situasi genting yang bakal berlaku dengan kelahiran cahaya mata mereka.

Kesan Rokok

Bagi suami yang merokok atau mengambil minuman beralkohol, ini adalah masa yang terbaik untuk anda berhenti. Asap rokok mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada semua, sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi yang belum dilahirkan. Cuba sedaya upaya untuk menjauhkan pasangan anda dari tempat-tempat yang ada orang merokok serta pencemaran udara yang lain dan jangan benarkan tetamu merokok di rumah anda.

Persediaan Mental

Selalunya bagi seorang bapa, kebapaan hanya akan menjadi kenyataan di saat bayi dilahirkan. Anda harus bersedia secara mental untuk segala yang bakal ditempuhi. Ini kerana kepesatan pembangunan teknologi maklumat serta pengaruh luaran memberi impak serta menjadi halangan bagi seorang bapa dalam mendisiplinkan bakal anak yang bakal dilahirkan. Sehubungan itu, suami harus menimba ilmu kebapaan sebanyak mungkin bagi menyampaikan mesej yang berkesan kepada anak-anak. Ilmu bukan sahaja boleh diperoleh daripada seminar, buku, malah pandangan orang tua penting bagi menambahkan keilmuan di dada. Perlu diingat, pada zaman moden ini, cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.

Proses Pembesaran

Tidak dinafikan pengaruh elektronik memberikan kesan begitu mendalam terhadap anak-anak, terutama yang sedang mengalami proses pembesaran. Cabaran berkomunikasi ini sedikit sebanyak menjadi penghalang bagi seorang bapa untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada anak-anak secara berkesan. Ini kerana bahasa anak-anak pada zaman moden berbeza berbanding pada zaman anda remaja dahulu. Sebagai contoh, dulu hanya menggunakan surat dengan penuh berhemah kepada ayah jika berkehendakkan sesuatu. Tetapi, kini cara tersebut berubah menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walaupun untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi ini masih lama tempuhnya bagi bapa yang menimbang anak pertama, namun adalah penting untuk bertatih dari sekarang dalam memperkayakan ilmu komunikasi ini. Justeru itu, peranan bapa yang bukan sekadar sebagai menyediakan keperluan asas, tetapi lebih penting sebagai pemimpin yang memupuk persefahaman dan kesejahteraan dalam keluarga. Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, seorang bapa akan berdepan dengan cabaran untuk menyeimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.

Bagi menangani cabaran tersebut, bapa perlu bijak dalam meletakkan kepentingan mana yang perlu didahulukan berdasarkan kepada keperluan. Begitu juga, ramai bakal bapa menjadi bingung apabila sedar akan implikasi terhadap kewangan mereka setelah mempunyai seorang anak. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk kaum lelaki bekerja lebih masa bagi menambah pendapatan. Namun, sedarkah bekerja lebih masa akan mengurangkan waktu untuk orang tersayang terutamanya bagi si kecil dan isteri yang baru melahirkan cahaya mata.

Wang atau Kasih Sayang

Walaupun mempunyai wang yang lebih sedikit, tetapi tidak boleh membayarnya dengan kasih sayang dan masa yang diperuntukkan bersama tersayang. Oleh itu, satu penyelesaian harus dicari, wang atau kasih sayang! Apa yang perlu anda buat ialah perbincangan dengan pasangan dalam membentuk satu belanjawan keluarga. Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi ialah siapa yang akan menjaga si kecil. Jika tiada cara lain, mungkin demi kebaikan bayi anda, ada baiknya jika pasangan berhenti kerja buat sementara sehingga bayi membesar. Ini merupakan keputusan yang harus dibuat oleh pasangan anda sahaja, oleh itu beritahu pasangan anda tentang perasaan anda mengenainya dan kemudian biarkan dia yang membuat keputusan.

Selain itu, jika belanjawan anda terlalu ketat, korbankan aktiviti-aktiviti yang sering anda lakukan seperti pergi ke kelab, membeli belah di tempat yang mahal atau berhibur tanpa batasan. Tidak dilupakan ialah menyediakan nama bayi yang bakal dilahirkan. Bagi orang Islam adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan apabila dewasa kelak seperti diejek oleh rakan sekiranya namanya mempunyai makna yang buruk dan tidak baik.

Seeloknya rujuk kepada buku-buku yang menyediakan pelbagai pilihan nama yang baik maknanya. Ada juga setengah orang yang ingin mengabungkan nama isteri dan suami. Walaupun nama itu menggambarkan suatu ikatan kukuh hubungan suami isteri sehingga lahirnya zuriat, tetapi penting di sini, harus mempunyai makna yang baik. Jangan sehingga berlaku pergaduhan suami isteri dalam menentukan nama malah kadangkala ahli keluarga seperti mertua ingin memberi nama, maka perlu ada muafakat dan persetujuan bersama untuk menamakan si comel yang bakal menyerikan rumahtangga anda.

Sumber: eTiQa YusTie: Persediaan Bergelar Ayah

Tambah Ruang Iklan Nuffnang

Akhirnya, berjaya juga membuat tranformasi ke atas blog ni. Templetnya telah dikemaskini dan dilebarkan sedikit ruang untuk mencoret. Ruang iklan Nuffnang juga telah ditambah di bahagian atas blog. Banner juga telah dimurnikan dan akan ditukar sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun. Bilangan entri juga akan ditambah dan kekerapannya juga akan ditingkatkan. Azam baru sempena menyambut Hari Buruh tidak lama lagi. Kepada Emak dan Abah yang akan membaca entri ini, sabarlah menanti cucu pertama kalian. Perubahan wajah pada blog ini menandakan kesediaan kami untuk menyambutnya.

Mission: Impossible 2010

Pagi Jumaat lepas, selepas Sesi Tazkirah, aku dapat panggilan dari bos untuk offkan buzzer kat salah sebuah kolej kediaman di UPSI ni. Misi ni aku kena selesaikan dengan panduan dari pembekal. Tak lama selepas tu, nombor telefon pembekal tertera di telefon bimbit aku.

"Senang je nak offkan buzzer tu. Buzzer tu ada dalam kotak kat atas pintu. Ada dua wayar, putih dan hitam yang menyambungkan buzzer tu dengan papan litar. Buka skru dan cabutkan kedua-dua wayar tu."

Aku cuba membayangkan apa yang diterangkan oleh pembekal tersebut. Bunyinya macam senang. Mana pulak aku nak dapatkan tangga ni. Kat Unit Rangkaian mungkin ada. Tapi macam mana pulak nak bawak ke kolej tu? Muat ke nak letak dalam SAGA WRC tu? Termenung aku sekejap. Tiba-tiba muncul mentol kuning kat atas rambut aku ni. Kat kolej mesti ada!

Satu masalah dah selesai selepas kolej mengesahkan ada tangga di kolej. Siap tanya nak panjang yang macam mana. Mungkin ada lebih dari satu kot. Aku dan pegawai aku pun sampai di kolej untuk selesaikan misi tersebut. Nasib baik aku tak pergi sorang. Kalau tak, teruk jugak aku nak bawak tangga dan set peralatan yang aku pinjam dari Unit Baikpulih tadi. Tangga tu aku pilih yang jenis tinggi, memang la agak berat sikit.

Setelah lokasi buzzer dikenalpasti, dengan lafaz bismillah, satu persatu anak tangga aku naiki dengan penuh cermat. Terasa sakit juga di bahagian buku lali ni kesan dari jatuh di kedai makan beberapa minggu lepas yang masih belum pulih sepenuhnya. Mungkin ada pelajar yang pelik tengok aku naik tangga dengan berbaju kemeja dan bertali leher. Kebetulan pula, lokasi misi ni berhadapan dengan ruang menonton televisyen yang dikhaskan untuk pelajar di blok tersebut.

Setelah penutup kotak dibuka serta wayar hitam dan putih dikenalpasti, aku pun membuka skru di papan litar seperti yang diberitahu oleh pembekal, ala-ala Tom Cruise nak potong wayar untuk matikan bom jangka. Ada la sikit rasa takut tu. Mana la tau tersilap cabut wayar ke. Nasib baik la pegawai aku ni ikut sekali. Boleh la tolong pegangkan tangga. Kalau tak, gayat jugak aku dibuatnya. Kerja ni memang nampak mudah. Kalau tak biasa buat, mustahil untuk dilaksanakan seorang diri.

Marah - Tips Untuk Pendek Umur

Oleh Norhuriyatina Salleh

Sifat marah adalah sifat yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Tidak kira apa pun pangkat dan darjat mahupun peringkat umur, pastinya mempunyai perasaan marah. Sifat marah itu juga ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api daripada batu yang dipukul pada besi. Sifat marah ini mungkin berpunca daripada perasaan tertekan, merasa dizalimi, dikhianati, diperkecilkan, dan sebagainya. Terdapat satu penyelidikan mengatakan bahawa manusia itu ada kalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah. Maka, bererti eratlah hubungannya dengan syaitan pada sesiapa yang dipengaruhi oleh api kemarahan.

Pada tahap permulaan, sifat marah itu bukanlah satu penyakit. Ia hanyalah luahan yang dilahirkan oleh seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkahlaku. Sifat marah yang sudah bertapak di hati, jika tidak dikawal, lama kelamaan akan memakan diri sendiri dan akan membawa padah kepada orang-orang yang kita sayangi serta membawa keburukan dan kemudaratan kepada keadaan disekeliling kita. Oleh hal yang demikian, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat yang terbaik bagi mengawal perasaan marah iaitu dengan disirami diri dengan air melalui berwuduk.

Sifat marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan itu dijadikan daripada api. Ingatlah, bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Maka apabila seseorang itu sedang marah, sebaik-baiknya dia terus mengambil wuduk´, kerana air yang disapukan dianggota wudhu´ bukan sahaja dapat menjauhkan diri dari godaan dan hasutan syaitan, malah ini juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas kerana kemarahan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk dengan air. Maka, sesungguhnya marah itu daripada api.” (Riwayat Abu Daud)

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, ada menyebut bahawa Imam Al-Ghazali berkata: "Orang yang marah keadaanya adalah sama dengan anjing yang galak dan binatang yang buas. Sebaliknya, orang yang tenang keadaannya adalah seumpama nabi-nabi, wali-wali, alim ulama, dan ahli hikmat. Seseorang boleh memilih untuk menyerupai binatang buas atau manusia yang terpuji."

Sifat marah itu sendiri sebenarnya lebih banyak memberi sesuatu keburukan daripada kebaikkan. Pertamanya, perasaan marah membawa kepada sifat yang tercela dan rasa serba salah. Sewaktu kita sedang marah pastinya kita tidak akan terfikir apa kesannya, dan apabila keadaan menjadi reda, baru kita menyesal dengan apa yang kita lakukan sebelumnya. Perasaan marah juga sebenarnya memendekkan umur seseorang. Ia juga mengganggu kualiti kesihatan seseorang yang boleh menyebabkan kematian mengejut. Oleh sebab itu janganlah cepat marah kerana ia akan mempercepatkan kematian kita dan menjadikan wajah kita kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar.

Orang yang cepat marah atau sedang marah biasanya terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak siuman. Ia mungkin akan memaki hamun, merosakkan sesuatu, memudaratkan orang lain dan hilang pertimbangan yang akhirnya menyesali segala yang telah dilakukannnya apabila telah hilang perasaan marahnya.

Dalam masyarakat kita yang kaya dengan bahasa-bahasa kiasan yang menunjukkan betapa buruknya perbuatan mereka yang tidak siuman kerana gagal mengawal perasaan marah. Kata-kata kiasan seperti, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.” Semuanya menunjukkan betapa buruknya akibat daripada kata-kata atau perbuatan yang berlaku sewaktu dalam keadaan marah.

Orang yang dapat menahan diri dari dikuasai oleh sifat marah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usahanya, sebagaimana Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat Bukhari)

Sememangnya marah adalah satu penyakit yang sepatutnya kita hindarkan seberapa boleh. Namun begitu, marah juga perlu dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Seorang ketua keluarga pula bertanggungjawab ke atas mereka yg berada di bawah tanggungjawabnya. Jika mereka yang di bawah tanggungjawabnya melanggar perintah Allah dengan sengaja, ketua keluarga wajib menegur dan memarahinya. Tetapi harus diingat bahawa marah tersebut bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki dan tangan sehingga memukul. Tetapi marah tersebut mestilah marah yang bertujuan mendidik untuk menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukan adalah salah disisi agama. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semulajadi ada pada diri manusia, agar ia membawa kebaikan kepada manusia, dan bukan membawa kebinasaan.

Oleh hal yang demikian, di dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus mengambil sikap bertolak ansur dan persefahaman sesama manusia. Hindarkanlah segala sebab atau punca yang menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita dimarahi, jangan pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan tersebut. Hadapilah orang yang sedang marah dengan membantu dirinya menghilangkan kemarahannya dengan bijaksana.

Sumber: Laman Web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Noor Heikma (Monot) dah Bersalin

Adalah dimaklumkan, jiran di hadapan saya ni, Noor Heikma dah pun selamat bersalin iaitu seminggu lebih awal dari jangkaan doktor.

Nama: Nur Damia Syasya Qistina binti Mohd Hanif
Tarikh: 12 April 2010 (10.20am)
Berat: 3 kg
Tempat Lahir: Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh, Perak

*Gambar kedua tersebut diambil dengan izin dari blog Nadiatul Atiqah.

The Making of Rumah Baru 2

USB 2.0 to VGA Converter

Susah betul nak dapatkan benda ni. Dah merata tempat aku cari. Last-last jumpa kat skrin leptop je. Mudahnya nak beli barang sekarang ni. Main klik-klik je. Hujung bulan lepas aku balik kampung. Saja la nak cuba cari kat Yik Foong. Hampir semua kedai PC aku tanya. Semua cakap tak ada. Ada plak tu yang tak pernah dengar. "Belum ada lagi di dunia". Ada juga yang cakap mustahil untuk convert dari USB ke VGA port.

Perkakasan ini juga dikenali sebagai "USB to VGA Adapater", "USB 2.0 Graphics Card", atau boleh juga dipanggil "USB VGA External Video Adapter Card". Fungsi asas peranti input ini adalah menambah port VGA yang membolehkan pengguna menambah paparan seperti gambar berikut:

Kepada yang berminat, boleh la beli secara dalam talian di Lelong atau terus beli dari luar negara di eBay. Kat KL mungkin ada, tapi mahal kot.

Related Posts with Thumbnails