Slot Drama TV3 Akasia - Adamaya

Best jugak la drama ni. Kalau nak dibandingkan dengan filem I'm Not Single, rasanya lagi best, takde la meleret-leret walaupun diadaptasi dari filem tersebut. Watak Adam yang dilakonkan oleh Syed Hussein juga bagi aku, lagi sesuai dan best jika dibandingkan dengan Farid Kamil. Sebelum ni pun, aku dah pernah tengok lakonan mantap Syed Hussein dalam filem Sepi. Watak jahat lakonan Faizal Yusup pun menjadi-jadi. Geram jugak dibuatnya. Apa-apa pun cerita ni memang best!

Sinopsis

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun, lakonan Syed Hussein, dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam berkelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada kerja-kerja berkaitan fotografi. Maya pula merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka sebelum ni adalah sahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani, bekas kekasihnya. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Secara ringkasnya, Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails