Tempat Khas 'Buang' Bayi?

Sejak dah jadi ayah ni, sensetif banyak dengan berita-berita yang bersangkut paut dengan bayi ni. Boleh kata setiap hari, ada saja berita pasal buang bayi, anak kena dera, bayi tercekik di taska, dan banyak lagi. Kat bawah ni cerita pasal tempat khas untuk 'tinggalkan' bayi. Kalau pikir-pikir balik, okey juga la idea ni dari buang merata-rata bayi tu. Tapi biasanya mereka yang tak bertanggungjawab ni takut nak pergi ke tempat-tempat macam ni. Kalau diikutkan, sepatutnya tak perlu pun nak wujudkan tempat "Pelindung Bayi" ni. Dunia sudah semakin dekat ke penghujungnya. Semoga kita semua diselamatkan Allah dari bala bencana atas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti kes buang bayi ni.

Orphan Care adakan pelindung bayi pertama di Malaysia

PETALING JAYA 29 Mei - Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (Orphan Care) mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka meninggalkannya dengan selamat.

Ruang tersebut yang dikenali 'pelindung bayi' itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia ditempatkan di pejabat pertubuhan itu di 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku di sini. Ia dilancarkan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang turut merasmikan Pusat Perlindungan Bayi dan Anak Yatim Orphan Care di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Orphan Care, Datuk Adnan Mohd. Tahir.

Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Shahrizat berkata, pihaknya menyokong usaha NGO berkenaan mewujudkan ruang tersebut bagi keselamatan bayi yang ditinggalkan. Namun, beliau menegaskan, ia tidak bermaksud kementeriannya menggalakkan kehamilan luar nikah di negara ini malah ia tidak sepatutnya diwujudkan jika ibu bapa bayi berkenaan bertanggungjawab dan amanah.

"Pelindung bayi merupakan salah satu cara penyelesaian alternatif untuk ibu terdesak. Kita membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cara betul iaitu meninggalkan bayi mereka di pelindung bayi ini atas keizinan mereka dan Orphan Care akan membantu bayi berkenaan mencari keluarga yang sesuai," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, Gambar: Berita Harian Online

Video YouTube Aleesya (Part 5)


Rumah Baru Hampir² Siap

Fakta Trofi Piala Dunia FIFA


1974 Trofi Piala Dunia Baru diperkenalkan.

53 penyertaan telah diterima dari 7 buah negara.
Silvio Gazzaniga, artis Itali merupakan pereka trofi.

36.5 cm tinggi, 13 cm diameter, 5 kg emas tulen 18 karat,
2 lapisan 'malachite' (galian berwarna hijau)

Jumlah keseluruhan berat trofi: 6.175 kg.

Video YouTube Aleesya (Part 4)


Video YouTube Aleesya (Part 3)


Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan. Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian Online

Aleesya Pegang Botol Susu



Aleesya dah pun nak masuk 2 minggu. Kejap je rasanya. Start semalam Aleesya dah tak jaga malam sangat dah. Ni video Aleesya 'pegang' botol susu khas untuk melepaskan rindu tok dah opahnya di Ipoh.

Sijil Lahir Syarifah Aleesya

Alhamdulillah, Aleesya sudah secara rasmi menjadi Warganegara Malaysia. Ini merupakan sijil pertama yang akan diperolehi oleh setiap bayi seperti Aleesya ni. Bukannya susah nak daftar kelahiran anak, ibu/bapa/penjaga perlu membawa salinan dan dokumen asal berikut:

1) Kad Pengenalan Ibu dan Bapa anak
2) Sijil/Dokumen Pengesahan Perkahwinan Ibu Bapa
3) Rekod Kesihatan Ibu (buku warna pink)

Video YouTube Aleesya (Part 2)


Video YouTube Aleesya (Part 1)



Aleesya baru je sampai Tanjong Malim petang tadi. Tak jadi nak berpantang di Alor Setar, rumah mak tok. Tidur je sepanjang perjalanan, ada la 2-3 kali je celik mata. Pas ni akan banyak lagi video YouTube Aleesya akan diupload di blog ni sebagai pengubat rindu tok, opah dan mak tok.

Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 2)

Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 1)

Aku seterusnya azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya. Matanya tengok je aku, tak lama selepas tu air mata kirinya meleleh ke pipi. Syahdu kot dengar ayahnya azan. Masa nak azan tu, tak berani aku nak pegang. Lagipun Aleesya masih lagi dipakaikan bekas plastik oksigen. Selepas selesai azan, aku pun keluar. Mak dan abah teruja je nak dengar cerita dari aku.


"POMPUAN", ayat pertama yang keluar dari mulut aku. Tak surprise sangat pun, saja nak sahkan mak dan abah dapat cucu perempuan. Sebelum ni memang dah dapat tahu dari scan 3D dan disahkan 3 kali oleh Dr. Anjalai Pathmalingam, Klinik Pakar Wanita Anjalai, Hospital Pantai, Ipoh dan dikukuhkan lagi dengan Kalendar Jantina Bayi.

Sementara menunggu Aleesya dan ibunya keluar dari Bilik Bedah, aku terus menghantar SMS untuk berkongsi berita gembira ni. Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa tu. Bersyukur sangat, semuanya selamat dan berjalan lancar. Tak lama selepas tu, aku dipanggil oleh kakak iparku untuk ikut sama ke wad bersalin di bangunan sebelahnya.

Sesi ambil gambar Aleesya pun bermula setelah semua jururawat beredar dari bilik wad Kelas Satu Katil Empat tu. Masa baru-baru ni, aku tak berani nak pakai flash, takut terkejut pulak Aleesya nanti. Seterusnya sesi 'pecah mulut' atau 'tahnik', iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Kebetulan ada air zam-zam, aku pun celup kurma tu dengan air yang paling baik di dunia ni.


Bersambung...

Aleesya & Gambar Scan 3Dnya

Alhamdulillah, hari ni Aleesya dah pun genap seminggu. Kejap je rasanya. Kalau dibandingkan gambar sebenar dan 3D macam kat atas tu, takde la jauh sangat bezanya. Mula-mula scan dulu, rasa macam gambar tu sama je dengan gambar-gambar 3D baby lain. Macam lebih kurang je semuanya.

Aleesya Senyum Dalam Tidur

Pagi tadi pergi lagi ke Klinik Kesihatan Manjoi untuk check kuning. Alhamdulillah, Aleesya tak perlu ke klinik lagi esok, kuningnya dah pun turun ke 10.9. Kata orang tua-tua, kalau tiba-tiba baby senyum dalam tidur, tu tandanya temuni baby tu tengah usik-usik/main-main dengan baby tu. Ntah la, tak tau betul ke tak.

Wajah-Wajah Comel Aleesya

Alhamdulillah..Aleesya dah pun masuk hari ke-5 dah. Semalam Jururawat Masyarakat datang tengok. Ada sedikit kuningnya. Pagi tadi dah check, tak tinggi sangat, 11.5 je. Esok kena datang klinik lagi. Semalam pun opahnya dah mandikan dengan air rebusan daun dan akar pokok Dukung Anak. Petua nak kurangkan kuning baby katanya. Semoga Aleesya cepat baik, amin.

Ucapan Tahniah : Facebook

Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian. Semoga kelahiran Aleesya ni akan memberi sebilion kebahagian kepada kami, pengikat kasih sayang ayah dan ibu serta penguat kasih sayang opah dan tok :)

Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 1)

3:38 PM

DEWAN BEDAH : NOOR AKMAL BT MOHD IZUDDIN PEMBEDAHAN BELUM BERSALIN

Papan LED yang memaparkan maklumat terkini tentang keadaan ibu-ibu di dalam bilik bedah/bersalin baru sahaja 'memberitahu' bahawa isteriku telah dimasukkan ke dalam bilik bedah. Sepatutnya pembedahan dapat dijalankan lebih awal, tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan ada pembedahan kecemasan di sebelah paginya.

4.50 PM

DEWAN BEDAH : NOOR AKMAL BT MOHD IZUDDIN PEMBEDAHAN SUDAH BERSALIN

Abah dah pun tercegat di depan pintu Surau Lelaki untuk memaklumkan jururawat telah memanggil suami kepada isteriku. Tanpa berlengah aku terus ke kaunter Dewan Bedah.

"Kalau ayah saya nak ikut, boleh tak?"

Jururawat tersebut mengeleng dan memaklumkan hanya wakil atau ayah kepada baby sahaja yang dibenarkan masuk.

"Dah ambil air sembahyang?"

"Sudah."

"Basuh dan cuci tangan juga ye. Lepas tu, pakai baju putih ni. Anak pertama ke?"

"Ha'ah. Baby tu lelaki ke, perempuan?"

"Encik lihat sendiri nanti ye." jawab jururawat tersebut dengan senyuman. Bertambah berdebar dibuatnya. Setelah hampir 10 minit menunggu, aku dibenarkan masuk untuk melihat dan mengazankan anak pertama kami ini.

Masuk je dalam bilik tu, mata terus meliar mencari dan meneka yang mana satu baby kami ni. Yang ni kecil sangat, yang tu pulak putih merah sangat, anak Cina kot. Yang ni kot, debab je rupa dia. Jururawat membuka pampers jenama Diapers untuk dilihat sendiri oleh ayah kepada baby tersebut. Aku hanya tersenyum. Memang boleh dipercayai Kalendar Jantina Bayi tu. Walau bagaimanapun, ini semua ketentuan dan keizinan dari penciptanya, alhamdulillah.


Bersambung...


Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 2)

Lahirnya Syarifah Aleesya

Alhamdulillah..Permata hati ayah & ibu, tok, opah & mak tok, Syarifah Aleesya binti Syed Mohd Adib telah selamat dilahirkan pada hari Khamis, 6 Mei 2010 di Dewan Bersalin, Unit Rawatan Obstetrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Doktor Pakar & Masuk Wad

Jam di tangan hampir menunjukkan angka 9. Kami tiba awal untuk pemeriksaan terakhir dengan Doktor Pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Setelah hampir 3 jam menunggu, doktor mengesahkan kedudukan baby masih dalam keadaan songsang dan beratnya telah pun mencecah 3.6 kg, sekaligus mengesahkan juga bahawa ayah kepada baby tersebut telah menjalankan tugasnya untuk memberi makan kepada anggota keluarganya. Maka, tidak timbullah isu seperti dialog berikut:

"Dah cukup ke gaji tu nak bagi anak bini kau makan? Tak kan nak bagi makan pasir!"

Baharu la sekarang saya faham erti dialog tersebut yang sering kali dimainkan dalam drama-drama swasta mahupun kerajaan. Antara tugas utama seorang ketua keluarga iaitu suami dan bakal ayah adalah memberi makan dan minum kepada diri dan ahli keluarganya. InsyaAllah, esok akan melengkapkan kehidupan saya atau dalam erti kata lain telah 'naik pangkat' dari seorang suami kepada seorang ayah. Perasaan ketika ini bercampur baur antara seronok, terharu, teruja dan ada juga sedikit rasa takut.

Ketika entri ini ditaip, isteri masih berada di wad, menunggu untuk melahirkan anak secara pembedahan atau 'caesarean'. Doktor memberitahu, kalau pun kedudukan baby berada dalam keadaan normal, berat baby tersebut agak berisiko untuk dilahirkan secara normal. Kami tiba di wad bersalin lebih kurang jam 3.45 petang untuk mendaftar masuk wad.

"Isteri tunggu di sini, suami pergi daftar wad di kaunter dewan bersalin di bangunan sebelah."

Tergamam seketika. Dah nak jadi ayah rupanya. Macam tak percaya pun ada, hari ni saya pergi daftar untuk wad bersalin isteri! Untungnya kerja Kerajaan, 1 sen pun tak perlu keluar duit. InsyaAllah, pagi esok, 6 Mei 2010, pembedahan akan dijalankan. Paling lewat pun mungkin sebelum tengahari. Kepada pembaca budiman, doa kalian amat diperlukan. Semoga semuanya selamat, amin.

Syarifah Damia Zakirah

Minggu lepas kami dikejutkan dengan berita kematian bakal anak abang kedua saya yang telah masuk bulan ke-6 dalam kandungan. Buat Enyah dan isteri, bersabarlah dengan ujian Allah ini. Ada hikmah di setiap sesuatu yang telah ditakdirkan-Nya. InsyaAllah selepas ini akan dimudahkan pertukaran kerja ke Semenanjung dan dimurahkan rezeki serta diramaikan anak. Amin.

Filem KRU Studios: Magika


Antara filem terbaru keluaran KRU Studios, Magika arahan Edry Abdul Halim. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ruminah Sidek, Diana Daniel, Mawi, Ning Baizura, KRU, Nabil, M.Nasir, Norman Hakim, Vanida Imran, Raja Azura, Zaibo, Haziq TTB, Marsha AF3, Saiful Apek, Senario, Sharifah Aleeya, Sharifah Amani, Adibah Noor dan ramai lagi. Filem musikal yang akan menampilkan 14 buah lagu ini dijangka akan ditayangkan pada September 2010.

Sinopsis:

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.



Persiapan Hari-Hari Terakhir

Nama Baby Girl

Nama untuk 'Syarifah' dah ada. Tinggal lagi nak pilih nama panjang atau nama pendek. Sama ada nak pilih 'Re' atau 'Amore' tak pun 'Mi' atau 'Minami'. (kepada yang kurang faham, boleh rujuk di sini) Kalau pilih panjang-panjang, kesian pulak nak isi borang & jawab kuiz nanti. Mungkin boleh buatkan cop nama untuk baby tu. Kalau nak jawab kuiz ke exam ke, cop je nama tu. Lagi pun, kalau panjang sangat, kena simpan 2 mykad. Tak pasti berapa maksimum aksara untuk mykad tu. Ada siapa-siapa tahu tak pasal ni?

Nama Baby Boy

Nama untuk 'Syed' belum ada lagi. Risau jugak, walaupun doktor dah sahkan 3x baby girl. Kalendar Jantina Bayi pun dah sahkan baby girl. Walau apa pun terjadi, kena prepare jugak nama untuk baby boy nanti. Kalau pun tak guna sekarang, mungkin boleh guna kemudian. Nama untuk baby boy ni mesti nak ada 3 suku kata, contohnya 'Syed Muhammad Haiqal'. Masih panjang jugak. Rasanya tak la sampai ada 2 mykad. Semalam terbaca di forum pasal nama baby ni. Katanya ada keluar di Majalah PA & MA. Kalau boleh, elakkan menamakan anak dengan nama-nama Allah. Contohnya Abdul Rahman, Abdul Rahim. Biasanya kita akan panggil Rahman dan Rahim, tak pun Pak Rahman, Pak Rahim tanpa menyebut Abdul. Kalau Abdullah, kenapa kita tak panggil 'Allah' je? Mungkin itu sebabnya kita tak digalakkan menamakan baby dengan nama-nama Allah. Kalau nak jugak, kena sentiasa panggil baby dengan nama penuh.

Keperluan Ibu dan Baby

Barang-barang untuk ibu dan baby hampir semua dah beli. Tinggal nak beli set sauna, lampin guna semula (cloth diaper), set bengkung moden, dan baby carrier. Tarikh nak bersalin pun mungkin boleh ditetapkan. Kepada pembaca budiman, doa-doakan semoga semuanya selamat dan dimudahkan oleh-Nya. Amin.
Related Posts with Thumbnails