Doktor Pakar & Masuk Wad

Jam di tangan hampir menunjukkan angka 9. Kami tiba awal untuk pemeriksaan terakhir dengan Doktor Pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Setelah hampir 3 jam menunggu, doktor mengesahkan kedudukan baby masih dalam keadaan songsang dan beratnya telah pun mencecah 3.6 kg, sekaligus mengesahkan juga bahawa ayah kepada baby tersebut telah menjalankan tugasnya untuk memberi makan kepada anggota keluarganya. Maka, tidak timbullah isu seperti dialog berikut:

"Dah cukup ke gaji tu nak bagi anak bini kau makan? Tak kan nak bagi makan pasir!"

Baharu la sekarang saya faham erti dialog tersebut yang sering kali dimainkan dalam drama-drama swasta mahupun kerajaan. Antara tugas utama seorang ketua keluarga iaitu suami dan bakal ayah adalah memberi makan dan minum kepada diri dan ahli keluarganya. InsyaAllah, esok akan melengkapkan kehidupan saya atau dalam erti kata lain telah 'naik pangkat' dari seorang suami kepada seorang ayah. Perasaan ketika ini bercampur baur antara seronok, terharu, teruja dan ada juga sedikit rasa takut.

Ketika entri ini ditaip, isteri masih berada di wad, menunggu untuk melahirkan anak secara pembedahan atau 'caesarean'. Doktor memberitahu, kalau pun kedudukan baby berada dalam keadaan normal, berat baby tersebut agak berisiko untuk dilahirkan secara normal. Kami tiba di wad bersalin lebih kurang jam 3.45 petang untuk mendaftar masuk wad.

"Isteri tunggu di sini, suami pergi daftar wad di kaunter dewan bersalin di bangunan sebelah."

Tergamam seketika. Dah nak jadi ayah rupanya. Macam tak percaya pun ada, hari ni saya pergi daftar untuk wad bersalin isteri! Untungnya kerja Kerajaan, 1 sen pun tak perlu keluar duit. InsyaAllah, pagi esok, 6 Mei 2010, pembedahan akan dijalankan. Paling lewat pun mungkin sebelum tengahari. Kepada pembaca budiman, doa kalian amat diperlukan. Semoga semuanya selamat, amin.

4 comments:

Abdul Mueiz said...

Aku doakan semoga selamat semuanya bro!!Doakan rezeki aku jugak.Amin.

Anonymous said...

insyaAllah semua akan selamat... amin.....

Cnidaria said...

huhu..bedebar rasanya...
moga2 ibu + mummy selamat ye...
insyaAllah...

Anonymous said...

Ini adalah artikel bagus untuk dibaca, terima kasih untuk berbagi..

Related Posts with Thumbnails