Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 1)

3:38 PM

DEWAN BEDAH : NOOR AKMAL BT MOHD IZUDDIN PEMBEDAHAN BELUM BERSALIN

Papan LED yang memaparkan maklumat terkini tentang keadaan ibu-ibu di dalam bilik bedah/bersalin baru sahaja 'memberitahu' bahawa isteriku telah dimasukkan ke dalam bilik bedah. Sepatutnya pembedahan dapat dijalankan lebih awal, tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan ada pembedahan kecemasan di sebelah paginya.

4.50 PM

DEWAN BEDAH : NOOR AKMAL BT MOHD IZUDDIN PEMBEDAHAN SUDAH BERSALIN

Abah dah pun tercegat di depan pintu Surau Lelaki untuk memaklumkan jururawat telah memanggil suami kepada isteriku. Tanpa berlengah aku terus ke kaunter Dewan Bedah.

"Kalau ayah saya nak ikut, boleh tak?"

Jururawat tersebut mengeleng dan memaklumkan hanya wakil atau ayah kepada baby sahaja yang dibenarkan masuk.

"Dah ambil air sembahyang?"

"Sudah."

"Basuh dan cuci tangan juga ye. Lepas tu, pakai baju putih ni. Anak pertama ke?"

"Ha'ah. Baby tu lelaki ke, perempuan?"

"Encik lihat sendiri nanti ye." jawab jururawat tersebut dengan senyuman. Bertambah berdebar dibuatnya. Setelah hampir 10 minit menunggu, aku dibenarkan masuk untuk melihat dan mengazankan anak pertama kami ini.

Masuk je dalam bilik tu, mata terus meliar mencari dan meneka yang mana satu baby kami ni. Yang ni kecil sangat, yang tu pulak putih merah sangat, anak Cina kot. Yang ni kot, debab je rupa dia. Jururawat membuka pampers jenama Diapers untuk dilihat sendiri oleh ayah kepada baby tersebut. Aku hanya tersenyum. Memang boleh dipercayai Kalendar Jantina Bayi tu. Walau bagaimanapun, ini semua ketentuan dan keizinan dari penciptanya, alhamdulillah.


Bersambung...


Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 2)

1 comments:

I am Nad said...

sebiji muka ur wife!!! congrats!!

Related Posts with Thumbnails