Persiapan Hari-Hari Terakhir

Nama Baby Girl

Nama untuk 'Syarifah' dah ada. Tinggal lagi nak pilih nama panjang atau nama pendek. Sama ada nak pilih 'Re' atau 'Amore' tak pun 'Mi' atau 'Minami'. (kepada yang kurang faham, boleh rujuk di sini) Kalau pilih panjang-panjang, kesian pulak nak isi borang & jawab kuiz nanti. Mungkin boleh buatkan cop nama untuk baby tu. Kalau nak jawab kuiz ke exam ke, cop je nama tu. Lagi pun, kalau panjang sangat, kena simpan 2 mykad. Tak pasti berapa maksimum aksara untuk mykad tu. Ada siapa-siapa tahu tak pasal ni?

Nama Baby Boy

Nama untuk 'Syed' belum ada lagi. Risau jugak, walaupun doktor dah sahkan 3x baby girl. Kalendar Jantina Bayi pun dah sahkan baby girl. Walau apa pun terjadi, kena prepare jugak nama untuk baby boy nanti. Kalau pun tak guna sekarang, mungkin boleh guna kemudian. Nama untuk baby boy ni mesti nak ada 3 suku kata, contohnya 'Syed Muhammad Haiqal'. Masih panjang jugak. Rasanya tak la sampai ada 2 mykad. Semalam terbaca di forum pasal nama baby ni. Katanya ada keluar di Majalah PA & MA. Kalau boleh, elakkan menamakan anak dengan nama-nama Allah. Contohnya Abdul Rahman, Abdul Rahim. Biasanya kita akan panggil Rahman dan Rahim, tak pun Pak Rahman, Pak Rahim tanpa menyebut Abdul. Kalau Abdullah, kenapa kita tak panggil 'Allah' je? Mungkin itu sebabnya kita tak digalakkan menamakan baby dengan nama-nama Allah. Kalau nak jugak, kena sentiasa panggil baby dengan nama penuh.

Keperluan Ibu dan Baby

Barang-barang untuk ibu dan baby hampir semua dah beli. Tinggal nak beli set sauna, lampin guna semula (cloth diaper), set bengkung moden, dan baby carrier. Tarikh nak bersalin pun mungkin boleh ditetapkan. Kepada pembaca budiman, doa-doakan semoga semuanya selamat dan dimudahkan oleh-Nya. Amin.

5 comments:

Eimiza Faisha said...

semoga selamat hendaknya.. selamat menjadi ibu & bapa..

Abdul Mueiz said...

Semoga wife dan anak ko selamat..dan doakan untuk rezeki aku jugak..

adib said...

Eimiza: InsyaAllah..semoga semuanya selamat.
Abdul Mueiz: InsyaAllah..ada tempias rezeki tu kat ko nanti..jangan kenal erti jemu dan putus asa..

KOALAJEPONG said...

aik..kena operate ke sayed? gaya ayat nyer tue cam conpuse skit...

adib said...

haah..maybe kene ikut tingkap kot..hehe

Related Posts with Thumbnails