Duit Raya, Bonus & Kenaikkan Gaji Kakitangan Awam

Koleksi berita berkaitan Duit Raya, Bonus & Kenaikkan Gaji Perkhidmatan Awam 2010:

12 Mei 2010

Menaikkan sejuta gaji kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikan rakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepada rakyat berpendapatan tinggi.

“Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahulu yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekaligus menjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang. Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi dan selesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melalui peningkatan motivasi pekerja.

“Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tiga tahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia cawangan Kelantan di sini. Awang Adek berkata kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji kakitangan awam dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh pendapatan RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan gaji kakitangan awam kepada RM45,000 setahun.

15 Mei 2010

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji kakitangan awam rendah dan yakin kerajaan diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara dari AS$7,000 (RM22,400) kepada AS$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun ini. Kata beliau, tekad untuk meningkatkan pendapatan negara itu akan turut melibatkan kakitangan awam yang memperoleh gaji minimum sekitar RM1,024.

"Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.

CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan awam yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan.

20 Mei 2010

Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan. Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

17 Ogos 2010

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Cuepacs meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Omar berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

25 Ogos 2010

Kakitangan awam dapat bantuan RM500

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54. Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan. Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri. Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini. Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Akhirnya: Electric Train Service

Setelah berjanggut menunggu, dari mula kerja di UPSI, sampai Aleesya dah masuk 3 bulan lebih, akhirnya keretapi elektrik dari Ipoh ke Seremban telah secara rasminya beroperasi pada hari ini, 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431. Dengar khabarnya, kelajuan keretapi ni boleh mencecah lebih 160 km/j. Mulai hari ini sehingga 12 Januari 2011, ETS menawarkan harga promosi sebanyak RM30 untuk perjalanan sehala Kuala Lumpur-Ipoh. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman rasmi ETS di www.ets-train.com.my.

Video YouTube Aleesya (Part 7)

Related Posts with Thumbnails