Abdul Fatah Dalam Kenangan

Pemandu maut, 3 termasuk bayi cedera dalam kemalangan

IPOH: Seorang maut manakala tiga lagi termasuk seorang bayi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 290 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai di sini malam tadi. Pemandu kereta terbabit, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang bertugas di Universiti Perguruan (Pendidikan) Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Allahyarham Abdul Fatah bin Abdul Latif

Mereka yang cedera parah ialah kakak Abdul Fatah iaitu Suriani, 31, dan dua anaknya iaitu Nik Fawas Mohd Fazli, 5, dan Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli, tiga bulan. Kesemua mereka dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala seorang lagi anak perempuan Suriani berusia dua tahun yang turut berada dalam kereta itu tidak cedera, kata Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 9 malam tadi itu, Suriani dan anak-anaknya menumpang kereta adiknya untuk pulang ke rumah mereka di Manong, Kuala Kangsar. Kereta jenis Honda Civic yang dipandu Abdul Fatah dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Kangsar itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan menyebabkan kenderaan itu remuk, katanya.

Sumber: BERNAMA


0 comments:

Related Posts with Thumbnails