Bengkel Penggunaan MyGuru2

Antara staf Pusat ICT yang bertugas

Senarai nama peserta Bengkel Penggunaan MyGuru2

Suasana di dalam Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning UPSI

Tikus di Bangunan E-Learning UPSI

Tahniah diucapkan kepada pihak JPPHB UPSI kerana berjaya menyelesaikan misteri kehadiran tikus di dalam bilik salah seorang ketua unit di Pusat ICT. Tertangkapnya Cik Ti ini menimbulkan seribu satu persoalan di kalangan staf-staf yang bertugas di bangunan ini. Adakah Cik Ti ini datang bersama-sama ahli keluarganya? Adakah beliau datang disebabkan ingin menuntut bela ke atas rakan-rakannya yang telah dijadikan tetikus?

Pintu Gerbang dan Masjid Kampus Baru UPSI

Pintu Gerbang Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Masjid Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pertandingan Educational Blogging 2011


Skop Pertandingan

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah peringkat sekolah/IPT

Kategori Pertandingan

  • Pelajar dan guru sekolah
  • Pelajar dan pensyarah IPTA/IPTA
  • Terbuka

Kriteria Pertandingan

  • Kandungan
  • Perkongsian ilmu/maklumat berkenaan subjek sekolah/IPT
  • Kesahihan maklumat

Rekabentuk

  • Kreatif
  • Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
  • Interaktif/dinamik
  • Mudah difahami (user friendly)

Pertanyaan
Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia Pertandingan Educational Blogging iaitu:-

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Tarikh Tutup Pertandingan
Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat secara online di http://ict.upsi.edu.my/index.php/pertandingan-educational-blogging/borang-penyertaan penyertaan hendaklah diterima oleh phak urusetia selewat-lewatnya pada 15 Julai 2011

Pusat ICT
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan

Main Piano Secara Dalam Talian



Piano iaitu alat muzik yang dimain melalui keyboardnya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya.

Sumber: Virtual Piano, Wikipedia

Jenazah Abdul Fatah Selamat Dikebumikan

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Bayi tercampak keluar kereta

IPOH: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan memeranjatkan anggota bomba dan penyelamat apabila didapati masih selamat dan hanya luka ringan selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki sejurus kenderaan itu terbabas ke bahu lebuh raya. Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, bayi terbabit, Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli ditemui menangis di atas jalan raya sebelum diangkat dan segera dihantar ke hospital.

Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli, 3 bulan.

Ketika kejadian, ibu mangsa, Suriani Abdul Latif, 31, cedera parah dan tidak sedarkan diri manakala adik Suriani, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang memandu kereta maut di tempat kejadian. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Abdul Fatah gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang tepi lebuh raya berhampiran Kilometer 290, Lebuhraya PLUS, dekat Simpang Pulai, di sini.

Suriani ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, dia tidak sedar apa berlaku kerana tidur sambil mendakap bayinya di tempat duduk depan. Menurutnya, Fatah yang bekerja sebagai kerani di Universiti Perguruan (Pendidikan) Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim sebelum itu mengambilnya di rumah di Bukit Sri Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor untuk pulang bersama-sama di kampung mereka di Manong, Kuala Kangsar.

“Saya hanya tersedar pagi ini di katil hospital dengan kulit kepala terkoyak dan mulut pecah.

“Apa yang saya fikirkan hanya keadaan bayi dan seorang lagi anak saya, Nik Fawas Iskandar Mohd Fazli, 5, yang ketika itu di tempat duduk belakang,” kata surirumah berkenaan.

Menurutnya, dia masih terkejut dengan kejadian itu berikutan adiknya sebelum itu sempat berbual dan menyatakan hasrat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya tidak lama lagi. Sementara itu, suami mangsa, Nik Mohd Fadhli Nik Mohd Hasnuddin, 33, yang ditemui di hospital itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kemalangan itu oleh anggota polis trafik Ipoh, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Dia yang bertugas sebagai pegawai Rela di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mendakwa ketika itu menjalani kursus dua minggu di Kem Sungai Udang Melaka.

“Akibat terlalu terkejut, saya pitam beberapa minit sebelum dihantar menaiki kereta oleh rakan setugas ke hospital di Ipoh bagi melawat isteri dan dua anak.

“Paling merunsingkan saya ketika itu adalah keadaan bayi perempuan saya. Saya dimaklumkan dia melambung keluar dari kereta itu sebelum jatuh ke atas jalan raya,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana bayinya terselamat dan hanya mengalami keretakan kecil di belakang kepala selain luka ringan di dahi.

“Namun saya diberitahu doktor bahawa seorang lagi anak saya, Nik Fawas patah kaki kiri selain retak pada belakang tempurung kepala, menyebabkan pendarahan dalaman,” katanya.

Nik Fawas patah kaki kiri dan retak pada belakang tempurung kepala.

Menurutnya, sebelum itu dia rasa tidak sedap hati dan tidak membenarkan isteri dan anaknya pulang ke kampung, namun isterinya tetap mahu meneruskan hasrat itu. Dua lagi anaknya, Nik Nur Farah Aliya, 4, dan Nik Nur Farahana, 2, berada di kampung ketika kejadian. Sementara itu, jenazah Abdul Fatah dituntut ahli keluarga di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun jam 1 pagi semalam untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Sumber: Blog Cikgu Zuhairi Manong, Harian Metro Online

Abdul Fatah Dalam Kenangan

Pemandu maut, 3 termasuk bayi cedera dalam kemalangan

IPOH: Seorang maut manakala tiga lagi termasuk seorang bayi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 290 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai di sini malam tadi. Pemandu kereta terbabit, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang bertugas di Universiti Perguruan (Pendidikan) Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Allahyarham Abdul Fatah bin Abdul Latif

Mereka yang cedera parah ialah kakak Abdul Fatah iaitu Suriani, 31, dan dua anaknya iaitu Nik Fawas Mohd Fazli, 5, dan Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli, tiga bulan. Kesemua mereka dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala seorang lagi anak perempuan Suriani berusia dua tahun yang turut berada dalam kereta itu tidak cedera, kata Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 9 malam tadi itu, Suriani dan anak-anaknya menumpang kereta adiknya untuk pulang ke rumah mereka di Manong, Kuala Kangsar. Kereta jenis Honda Civic yang dipandu Abdul Fatah dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Kangsar itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan menyebabkan kenderaan itu remuk, katanya.

Sumber: BERNAMA


ERA FM Online



Sinar FM Muzik Retro Terbaik



Related Posts with Thumbnails