CUEPACS Nafi COLA Ditarik

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.

Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.

''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.

Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.

Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.

Selamat Lahir Fatin Aqilah

Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Fatin Aqilah binti Muhamad Faisal

Mak pun datang melawat (tengah rehearsal cucu pertama kot)

Mak Tok gembira menyambut cucu pertama

Bersama Mak Lang

Fatin Aqilah dan Ibunya

The Making of Rumah Baru

Stress di tempat kerja?

Bagi mencapai cara bekerja sihat, seseorang perlu mengenali diri sendiri dan berminat dengan kerjanya dengan mengenali punca tekanan. Dalam meningkatkan kesihatan mental di kalangan orang bekerja, adalah penting untuk memahami bahawa tekanan psikologi yang dialami di tempat kerja berkait rapat dengan kekuatan dan kelemahan diri serta latar belakang keluarga.

Menyedari bahawa diri mengalami tekanan adalah langkah pertama mengendali tekanan. Kenalpasti simptom-simptom tekanan lebih awal dan kenalpasti faktor yang menyumbang kepada tekanan tersebut untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil untuk mengatasi punca tekanan tersebut.

Mempunyai penilaian diri yang tepat (fahami diri sendiri). Seorang dewasa yang bekerja haruslah secara jujur menilai kebolehan, minat, personaliti dan keutamaan hidup sendiri. Apabila seseorang menyedari kebolehan, kekuatan dan kelemahan sendiri, ia mendorong individu menjadi lebih realistik terhadap apa yang boleh dicapainya dalam pekerjaan dan hidup.

Nilai personaliti dan minat sendiri yang bersesuaian dengan peranan kerja. Melakukan sesuatu yang tidak diminati membuat seseorang itu kecewa, marah, tiada motivasi dan semua ini menyebabkan tekanan.

Kita perlu jelas tentang keutamaan hidup serta memenuhi tanggungjawab kerja dan keluarga. Menilai moral dan tujuan hidup sendiri membantu seseorang menentukan masa dan tenaga yang diluang untuk keluarga, kerja dan lain-lain tanggungjawab dan menjalani hidup yang lebih seimbang.

Mewujudkan sikap positif terhadap diri sendiri dan menerima kenyataan bahawa manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kelemahan boleh diimbangi dan diperbaiki.

Jangan jadikan masalah terlalu peribadi. Sedari bahawa kegagalan adalah akibat dari kurang kemahiran. Sedari bahawa kegagalan bersifat sementara. Ketahui bahawa kesilapan dan kelemahan tidak kekal. Tabiat boleh diubah, kemahiran boleh dipelajari dan keadaan boleh diperbaiki.

Terima hakikat bahawa dalam hidup ini tekanan tidak dapat dielakkan. Matlamat utama bukan untuk menghapuskan tekanan tetapi belajar mengendalinya dan mendapat manfaat darinya.

Kenali pelbagai punca masalah secara wajar tanpa menyalahkan orang lain, pihak atasan atau diri sendiri secara berlebihan. Terima hakikat bahawa ada perkara yang boleh diubah dan ada perkara di luar kawalan kita. Bersikap positif terhadap sesuatu perkara dengan menumpukan perhatian terhadap cara mengubah keadaan tanpa menyalahkan orang lain semata-mata.

Mewujudkan kemahiran pengurusan masa, mempelajari kemahiran relaksasi dan mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang. Mereka perlu mengekalkan cara hidup sihat dengan bersenam, makan makanan seimbang, mempunyai tidur yang cukup, tidak merokok, minum alkohol, minum kopi secara berlebihan atau bahan rangsangan.

Memiliki kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah. Melibatkan diri dalam hal-hal keagamaan. Orang bekerja digalakkan melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Agama memberi sumber harapan atau pegangan kepada seseorang apabila diperlukan.

Bagaimana hendak menimbulkan rasa seronok bekerja?

Perlu mengurus keluarga dengan baik melalui galakan sokongan sosial di kalangan keluarga dan rakan-rakan yang dapat menunjukkan dan menerima kasih sayang , mengakui harga diri seseorang, mendengar dan menerima seseorang tanpa menghukum, memberi cadangan membina dan sedia membantu apabila ada masalah fizikal. Sokongan sosial tidak hanya bermakna mempunyai ramai kawan, tetapi juga mengambil kira aspek emosi dan psikologi yang baik dan berkesan kemahiran keibubapaan.

Perlu mengendalikan kerjanya dengan baik. Menguruskan tempat kerja dengan baik dengan menjadikan tempat kerja selesa dan teratur sebaik mungkin seperti suhu yang bersesuaian, kurangkan gangguan, tidak sesak. Dapatkan cukup peralatan dan ruang untuk kegunaan sendiri. Sedari bahawa setiap orang yang bekerja mempunyai hak untuk bebas dari gangguan dan pilih kasih semasa bekerja.

Bersikap positif dalam suasana yang negatif. Suasana kerja menjadi satu sebab untuk tidak seronok semasa bekerja dan ini mengurangkan produktiviti di samping timbulnya konflik dalam perhubungan. Sentiasa bersikap positif dalam suasana kerja yang negatif bukannya mudah. Walaubagaimanapun semua orang mesti mengendalikan masalah tersebut tanpa mengira keadaan sekiranya ingin mencapai matlamat kerjaya.

Sumber: Laman Bestari SKKD

Tahun Baru Azam Baru 2010

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 2010. Ada yang sebut dua ribu sepuluh, ada juga yang sebut dua puluh sepuluh. Aku rasa lagi sedap sebut dua puluh sepuluh atau twenty ten. Diam tak diam, lagi 10 tahun je kita nak capai taraf negara maju macam dalam Wawasan 2020 tu. Cakap pasal tahun baru ni, mesti kita akan cakap pasal azam. Azam tahun 2010.
Related Posts with Thumbnails