Showing posts with label :: Wayang » Muzik » Hiburan. Show all posts
Showing posts with label :: Wayang » Muzik » Hiburan. Show all posts

Boboiboy Musim Kedua Episod 1 & 2


Boboiboy Musim Ke-2, Episod 1 & 2 ditayangkan pada 27 Mei 2012 di TV3.


Majalah Islam TV AlHijrah : Revolusi Animasi Malaysia


Main Piano Secara Dalam Talian



Piano iaitu alat muzik yang dimain melalui keyboardnya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya.

Sumber: Virtual Piano, Wikipedia

ERA FM Online



Sinar FM Muzik Retro Terbaik



Filem KRU Studios: Magika


Antara filem terbaru keluaran KRU Studios, Magika arahan Edry Abdul Halim. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ruminah Sidek, Diana Daniel, Mawi, Ning Baizura, KRU, Nabil, M.Nasir, Norman Hakim, Vanida Imran, Raja Azura, Zaibo, Haziq TTB, Marsha AF3, Saiful Apek, Senario, Sharifah Aleeya, Sharifah Amani, Adibah Noor dan ramai lagi. Filem musikal yang akan menampilkan 14 buah lagu ini dijangka akan ditayangkan pada September 2010.

Sinopsis:

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.



Slot Drama TV3 Akasia - Adamaya

Best jugak la drama ni. Kalau nak dibandingkan dengan filem I'm Not Single, rasanya lagi best, takde la meleret-leret walaupun diadaptasi dari filem tersebut. Watak Adam yang dilakonkan oleh Syed Hussein juga bagi aku, lagi sesuai dan best jika dibandingkan dengan Farid Kamil. Sebelum ni pun, aku dah pernah tengok lakonan mantap Syed Hussein dalam filem Sepi. Watak jahat lakonan Faizal Yusup pun menjadi-jadi. Geram jugak dibuatnya. Apa-apa pun cerita ni memang best!

Sinopsis

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun, lakonan Syed Hussein, dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam berkelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada kerja-kerja berkaitan fotografi. Maya pula merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka sebelum ni adalah sahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani, bekas kekasihnya. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Secara ringkasnya, Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.
Related Posts with Thumbnails