Showing posts with label :: Tips » Tutorial » Panduan. Show all posts
Showing posts with label :: Tips » Tutorial » Panduan. Show all posts

Change PHP Upload Limits

Open phpinfo.php, search Loaded Configuration File to get php.ini file location

Find upload_max_filesize and post_max_size, change file size value.
Post_max_size must bigger than upload_max_filesize.

Open in PuTTY, log in server and run sudo service httpd restart

Semak Segera Content Purchase History Celcom Anda!

Sejak-sejak dah downgrade dari Celcom Pascabayar kepada Celcom Prabayar 3G Blue ni, puluhan ringgit dapat dijimatkan. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, terperasan kredit yang ditopup RM10 tu, cepat sangat habisnya. Dalam tempoh hanya seminggu, kredit dah tinggal Seringgit, 31 sen je. Jom semak Content Purchase History Celcom!

Langkah 1, login akaun portal Celcom Online Customer Service:

Sekiranya pernah mendaftar sebelum ini tetapi terlupa ID pengguna & katalaluan, klik butang
'Forgot Login ID/Password'


Sekiranya belum pernah mendaftar, klik butang 'Sign Up Now'


Langkah 2, klik menu Service > Content Purchase History:


Langkah 3, pilih bulan tertentu, contohnya 'October 2012' dan klik butang 'Search':




Senarai seperti di atas (sekiranya ada) merupakan servis yang mungkin telah kita langgan sama ada secara tidak sedar, tidak sengaja atau pun tidak diketahui punca-puncanya. Jangan sekali-kali dikesali keterlanjuran ini, apa yang perlu dilakukan adalah ikut sahaja langkah-langkah seterusnya.

Langkah 4, ambil telefon bimbit/pintar anda, sebagai contoh untuk senarai di atas, taip:

STOP ALL dan hantar ke 37744

Nombor '37744' tersebut boleh dilihat di bahagian 'Short Code'. Untuk servis
'32665 Celcom Facebook' pula, sila taip: 

STOP FB dan hantar ke 32665

Contoh senarai servis yang terlanggan oleh rakan sepejabat

Langkah-langkah seperti yang dinyatakan di atas, adalah terpakai untuk servis-servis yang tidak direstui oleh anda sahaja. Sila abaikan jika servis tersebut dilanggan secara sah. Sekiranya terdapat sebarang masalah, tinggalkan sahaja komen di ruangan yang disediakan.

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan dalam sebarang bentuk samada secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan kandungan di blog ini.

Menambah Widget Facebook Comments

  1. Gantikan URL post yang dihighlightkan di atas kepada URL post anda.
  2. Copy semua code tersebut.
  3. Klik pada bahagian Edit Html.
  4. Paste code di bahagian bawah iaitu selepas isi kandungan post.

Jom Try Windows 8 Developer Preview

Dah lama sangat rasanya tak update blog. Kat atas ni adalah antara perubahan pada Windows 8 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun depan. Download: Windows 8 Developer Preview

Akhirnya: Electric Train Service

Setelah berjanggut menunggu, dari mula kerja di UPSI, sampai Aleesya dah masuk 3 bulan lebih, akhirnya keretapi elektrik dari Ipoh ke Seremban telah secara rasminya beroperasi pada hari ini, 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431. Dengar khabarnya, kelajuan keretapi ni boleh mencecah lebih 160 km/j. Mulai hari ini sehingga 12 Januari 2011, ETS menawarkan harga promosi sebanyak RM30 untuk perjalanan sehala Kuala Lumpur-Ipoh. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman rasmi ETS di www.ets-train.com.my.

Marah - Tips Untuk Pendek Umur

Oleh Norhuriyatina Salleh

Sifat marah adalah sifat yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Tidak kira apa pun pangkat dan darjat mahupun peringkat umur, pastinya mempunyai perasaan marah. Sifat marah itu juga ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api daripada batu yang dipukul pada besi. Sifat marah ini mungkin berpunca daripada perasaan tertekan, merasa dizalimi, dikhianati, diperkecilkan, dan sebagainya. Terdapat satu penyelidikan mengatakan bahawa manusia itu ada kalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah. Maka, bererti eratlah hubungannya dengan syaitan pada sesiapa yang dipengaruhi oleh api kemarahan.

Pada tahap permulaan, sifat marah itu bukanlah satu penyakit. Ia hanyalah luahan yang dilahirkan oleh seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkahlaku. Sifat marah yang sudah bertapak di hati, jika tidak dikawal, lama kelamaan akan memakan diri sendiri dan akan membawa padah kepada orang-orang yang kita sayangi serta membawa keburukan dan kemudaratan kepada keadaan disekeliling kita. Oleh hal yang demikian, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat yang terbaik bagi mengawal perasaan marah iaitu dengan disirami diri dengan air melalui berwuduk.

Sifat marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan itu dijadikan daripada api. Ingatlah, bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Maka apabila seseorang itu sedang marah, sebaik-baiknya dia terus mengambil wuduk´, kerana air yang disapukan dianggota wudhu´ bukan sahaja dapat menjauhkan diri dari godaan dan hasutan syaitan, malah ini juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas kerana kemarahan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk dengan air. Maka, sesungguhnya marah itu daripada api.” (Riwayat Abu Daud)

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, ada menyebut bahawa Imam Al-Ghazali berkata: "Orang yang marah keadaanya adalah sama dengan anjing yang galak dan binatang yang buas. Sebaliknya, orang yang tenang keadaannya adalah seumpama nabi-nabi, wali-wali, alim ulama, dan ahli hikmat. Seseorang boleh memilih untuk menyerupai binatang buas atau manusia yang terpuji."

Sifat marah itu sendiri sebenarnya lebih banyak memberi sesuatu keburukan daripada kebaikkan. Pertamanya, perasaan marah membawa kepada sifat yang tercela dan rasa serba salah. Sewaktu kita sedang marah pastinya kita tidak akan terfikir apa kesannya, dan apabila keadaan menjadi reda, baru kita menyesal dengan apa yang kita lakukan sebelumnya. Perasaan marah juga sebenarnya memendekkan umur seseorang. Ia juga mengganggu kualiti kesihatan seseorang yang boleh menyebabkan kematian mengejut. Oleh sebab itu janganlah cepat marah kerana ia akan mempercepatkan kematian kita dan menjadikan wajah kita kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar.

Orang yang cepat marah atau sedang marah biasanya terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak siuman. Ia mungkin akan memaki hamun, merosakkan sesuatu, memudaratkan orang lain dan hilang pertimbangan yang akhirnya menyesali segala yang telah dilakukannnya apabila telah hilang perasaan marahnya.

Dalam masyarakat kita yang kaya dengan bahasa-bahasa kiasan yang menunjukkan betapa buruknya perbuatan mereka yang tidak siuman kerana gagal mengawal perasaan marah. Kata-kata kiasan seperti, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.” Semuanya menunjukkan betapa buruknya akibat daripada kata-kata atau perbuatan yang berlaku sewaktu dalam keadaan marah.

Orang yang dapat menahan diri dari dikuasai oleh sifat marah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usahanya, sebagaimana Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat Bukhari)

Sememangnya marah adalah satu penyakit yang sepatutnya kita hindarkan seberapa boleh. Namun begitu, marah juga perlu dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Seorang ketua keluarga pula bertanggungjawab ke atas mereka yg berada di bawah tanggungjawabnya. Jika mereka yang di bawah tanggungjawabnya melanggar perintah Allah dengan sengaja, ketua keluarga wajib menegur dan memarahinya. Tetapi harus diingat bahawa marah tersebut bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki dan tangan sehingga memukul. Tetapi marah tersebut mestilah marah yang bertujuan mendidik untuk menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukan adalah salah disisi agama. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semulajadi ada pada diri manusia, agar ia membawa kebaikan kepada manusia, dan bukan membawa kebinasaan.

Oleh hal yang demikian, di dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus mengambil sikap bertolak ansur dan persefahaman sesama manusia. Hindarkanlah segala sebab atau punca yang menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita dimarahi, jangan pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan tersebut. Hadapilah orang yang sedang marah dengan membantu dirinya menghilangkan kemarahannya dengan bijaksana.

Sumber: Laman Web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Stress di tempat kerja?

Bagi mencapai cara bekerja sihat, seseorang perlu mengenali diri sendiri dan berminat dengan kerjanya dengan mengenali punca tekanan. Dalam meningkatkan kesihatan mental di kalangan orang bekerja, adalah penting untuk memahami bahawa tekanan psikologi yang dialami di tempat kerja berkait rapat dengan kekuatan dan kelemahan diri serta latar belakang keluarga.

Menyedari bahawa diri mengalami tekanan adalah langkah pertama mengendali tekanan. Kenalpasti simptom-simptom tekanan lebih awal dan kenalpasti faktor yang menyumbang kepada tekanan tersebut untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil untuk mengatasi punca tekanan tersebut.

Mempunyai penilaian diri yang tepat (fahami diri sendiri). Seorang dewasa yang bekerja haruslah secara jujur menilai kebolehan, minat, personaliti dan keutamaan hidup sendiri. Apabila seseorang menyedari kebolehan, kekuatan dan kelemahan sendiri, ia mendorong individu menjadi lebih realistik terhadap apa yang boleh dicapainya dalam pekerjaan dan hidup.

Nilai personaliti dan minat sendiri yang bersesuaian dengan peranan kerja. Melakukan sesuatu yang tidak diminati membuat seseorang itu kecewa, marah, tiada motivasi dan semua ini menyebabkan tekanan.

Kita perlu jelas tentang keutamaan hidup serta memenuhi tanggungjawab kerja dan keluarga. Menilai moral dan tujuan hidup sendiri membantu seseorang menentukan masa dan tenaga yang diluang untuk keluarga, kerja dan lain-lain tanggungjawab dan menjalani hidup yang lebih seimbang.

Mewujudkan sikap positif terhadap diri sendiri dan menerima kenyataan bahawa manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kelemahan boleh diimbangi dan diperbaiki.

Jangan jadikan masalah terlalu peribadi. Sedari bahawa kegagalan adalah akibat dari kurang kemahiran. Sedari bahawa kegagalan bersifat sementara. Ketahui bahawa kesilapan dan kelemahan tidak kekal. Tabiat boleh diubah, kemahiran boleh dipelajari dan keadaan boleh diperbaiki.

Terima hakikat bahawa dalam hidup ini tekanan tidak dapat dielakkan. Matlamat utama bukan untuk menghapuskan tekanan tetapi belajar mengendalinya dan mendapat manfaat darinya.

Kenali pelbagai punca masalah secara wajar tanpa menyalahkan orang lain, pihak atasan atau diri sendiri secara berlebihan. Terima hakikat bahawa ada perkara yang boleh diubah dan ada perkara di luar kawalan kita. Bersikap positif terhadap sesuatu perkara dengan menumpukan perhatian terhadap cara mengubah keadaan tanpa menyalahkan orang lain semata-mata.

Mewujudkan kemahiran pengurusan masa, mempelajari kemahiran relaksasi dan mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang. Mereka perlu mengekalkan cara hidup sihat dengan bersenam, makan makanan seimbang, mempunyai tidur yang cukup, tidak merokok, minum alkohol, minum kopi secara berlebihan atau bahan rangsangan.

Memiliki kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah. Melibatkan diri dalam hal-hal keagamaan. Orang bekerja digalakkan melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Agama memberi sumber harapan atau pegangan kepada seseorang apabila diperlukan.

Bagaimana hendak menimbulkan rasa seronok bekerja?

Perlu mengurus keluarga dengan baik melalui galakan sokongan sosial di kalangan keluarga dan rakan-rakan yang dapat menunjukkan dan menerima kasih sayang , mengakui harga diri seseorang, mendengar dan menerima seseorang tanpa menghukum, memberi cadangan membina dan sedia membantu apabila ada masalah fizikal. Sokongan sosial tidak hanya bermakna mempunyai ramai kawan, tetapi juga mengambil kira aspek emosi dan psikologi yang baik dan berkesan kemahiran keibubapaan.

Perlu mengendalikan kerjanya dengan baik. Menguruskan tempat kerja dengan baik dengan menjadikan tempat kerja selesa dan teratur sebaik mungkin seperti suhu yang bersesuaian, kurangkan gangguan, tidak sesak. Dapatkan cukup peralatan dan ruang untuk kegunaan sendiri. Sedari bahawa setiap orang yang bekerja mempunyai hak untuk bebas dari gangguan dan pilih kasih semasa bekerja.

Bersikap positif dalam suasana yang negatif. Suasana kerja menjadi satu sebab untuk tidak seronok semasa bekerja dan ini mengurangkan produktiviti di samping timbulnya konflik dalam perhubungan. Sentiasa bersikap positif dalam suasana kerja yang negatif bukannya mudah. Walaubagaimanapun semua orang mesti mengendalikan masalah tersebut tanpa mengira keadaan sekiranya ingin mencapai matlamat kerjaya.

Sumber: Laman Bestari SKKD
Related Posts with Thumbnails