Showing posts with label :: Baby » Keluarga » Rumah. Show all posts
Showing posts with label :: Baby » Keluarga » Rumah. Show all posts

Transformasi Landskap - Janji Dirumputi

Sebelum - Ladang Rumput Lalang
Selepas - Ladang Rumput Mutiara

DIY Dekorasi Laman: Penutup Longkang


Gambar Raya Aidilfitri 2011


Tip Membantu Anak Bercakap


Percakapan Kanak-kanak
  • Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-linguistik).
  • Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.
  • Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’ sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.
Tip Membantu Anak Bercakap
  • Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.
  • Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas.
  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.
  • Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.
  • Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
  • Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.
  • Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian, mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika perkataan yang diucapkan tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang dirasakan cuba disebutnya.
  • Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
Sumber: Rohaniza Idris



Ibu, Aleesya dan Secret Recipe

Kek Hari Lahir Ibu, Brownies Ice Cream

Makanan Ayah, Grill Black Pepper Chicken

Makanan Ibu, Grill Mushroom Chicken

Makanan Aleesya, Kid's Burger

Ibu dan Aleesya

Hari ini ulang tahun kelahiran Ibu untuk kali ke-26. Makanya, seluruh Negeri Perak diisytiharkan Cuti Umum bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak. Daulat Tuanku!



Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, dan semua yang mengenali kami. Maaf Zahir dan Batin.

Tempat Khas 'Buang' Bayi?

Sejak dah jadi ayah ni, sensetif banyak dengan berita-berita yang bersangkut paut dengan bayi ni. Boleh kata setiap hari, ada saja berita pasal buang bayi, anak kena dera, bayi tercekik di taska, dan banyak lagi. Kat bawah ni cerita pasal tempat khas untuk 'tinggalkan' bayi. Kalau pikir-pikir balik, okey juga la idea ni dari buang merata-rata bayi tu. Tapi biasanya mereka yang tak bertanggungjawab ni takut nak pergi ke tempat-tempat macam ni. Kalau diikutkan, sepatutnya tak perlu pun nak wujudkan tempat "Pelindung Bayi" ni. Dunia sudah semakin dekat ke penghujungnya. Semoga kita semua diselamatkan Allah dari bala bencana atas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti kes buang bayi ni.

Orphan Care adakan pelindung bayi pertama di Malaysia

PETALING JAYA 29 Mei - Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (Orphan Care) mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka meninggalkannya dengan selamat.

Ruang tersebut yang dikenali 'pelindung bayi' itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia ditempatkan di pejabat pertubuhan itu di 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku di sini. Ia dilancarkan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang turut merasmikan Pusat Perlindungan Bayi dan Anak Yatim Orphan Care di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Orphan Care, Datuk Adnan Mohd. Tahir.

Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Shahrizat berkata, pihaknya menyokong usaha NGO berkenaan mewujudkan ruang tersebut bagi keselamatan bayi yang ditinggalkan. Namun, beliau menegaskan, ia tidak bermaksud kementeriannya menggalakkan kehamilan luar nikah di negara ini malah ia tidak sepatutnya diwujudkan jika ibu bapa bayi berkenaan bertanggungjawab dan amanah.

"Pelindung bayi merupakan salah satu cara penyelesaian alternatif untuk ibu terdesak. Kita membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cara betul iaitu meninggalkan bayi mereka di pelindung bayi ini atas keizinan mereka dan Orphan Care akan membantu bayi berkenaan mencari keluarga yang sesuai," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, Gambar: Berita Harian Online

Rumah Baru Hampir² Siap

Syarifah Damia Zakirah

Minggu lepas kami dikejutkan dengan berita kematian bakal anak abang kedua saya yang telah masuk bulan ke-6 dalam kandungan. Buat Enyah dan isteri, bersabarlah dengan ujian Allah ini. Ada hikmah di setiap sesuatu yang telah ditakdirkan-Nya. InsyaAllah selepas ini akan dimudahkan pertukaran kerja ke Semenanjung dan dimurahkan rezeki serta diramaikan anak. Amin.

Jantina Anak: Lelaki atau Perempuan?

Merah Jambu = Perempuan | Biru = Lelaki

Kalendar jantina di atas adalah ramalan atau panduan untuk merancang jantina anak. Ketepatan kalendar ini adalah sekitar 93 peratus. Walaubagaimanapun, kita hanya mampu untuk merancang, hanya Allah sahaja yang menentukannya. Anda juga boleh menguji ketepatan kalendar ini dengan jantina diri sendiri. Contohnya:

Tahun Lahir Emak: Mac 1959
Tarikh Lahir Saya: September 1985
9 Bulan Sebelum Tarikh Lahir Saya: Disember 1984
Umur Emak Pada Disember 1984: 25 Tahun

Okey, sekarang lihat pada jadual di atas. Pilih "25" di bahagian melintang dan lihat "Dec." di bahagian menegak. Jelas sekali keputusannya adalah warna Biru. Maka saya adalah seorang Lelaki. Sila tinggalkan komen sekiranya anda berjaya atau tidak dalam percubaan ini. Sebarang pertanyaan juga akan dilayan. Selamat mencuba!

Sumber: Chinese Lunar Pregnancy Calendar

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan dalam sebarang bentuk samada secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan jadual di atas untuk menentukan atau mengetahui jantina anak/diri sendiri.

Persediaan Bergelar Seorang Ayah

Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah. Bahkan, ada segelintir suami yang turut merasai beban alahan dan peritnya seperti mana wanita mengandung. Merekalah yang menanggung alahan muntah atau pening-pening, sehingga tidak lalu hendak makan sedangkan isterinya nampak sihat dan tidak mengalami alahan. Adalah harus bagi suami tidak memandang enteng kepada kehamilan isteri. Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat diteruskan dan diperkembangkan. Setiap pengantin baru yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir dalam menentukan proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bapa merupakan penjana dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dipikul oleh bapa. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan demi memastikan hala tuju sesebuah keluarga itu berada dalam landasan yang betul. Selain itu, istilah bapa milenium atau bapa alaf baru memberi gambaran yang jelas tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh bapa masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan pendedahan ilmu pengetahuan secara global, golongan bapa juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan datang mempunyai jati diri yang tinggi. Justeru, dalam masa 40 minggu di mana anda dan pasangan menanti kelahiran bayi, akan ada beberapa ketika di mana suami memerlukan banyak kekuatan emosi untuk anda berdua.

Perubahan Hormon

Perubahan pada tubuh pasangan anda serta tahap hormon yang sentiasa turun naik, mungkin akan menyebabkannya mengalami pelbagai jenis emosi. Suami perlu sentiasa di samping bagi memberi keyakinan pada isteri begitu juga dengan luahan perasaan suami apabila isteri berkelakuan sebegitu. Ceritakan perasaan anda kepada isteri dan benarkan dia memberi anda sokongan emosi seperti mana yang anda lakukan untuknya. Selain itu, pada proses kehamilan isteri, ramai lelaki mengalami kenaikan berat badan kerana rasa simpati terhadap pasangan mereka yang sedang hamil. Ini kerana melihat isteri yang turut menambah makanan sekali gus turut berkeinginan untuk berbuat demikian. Bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan, adalah dinasihatkan untuk melakukan senaman bersama pasangan anda.

Senaman

Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk kedua-dua ibu serta bayi dan anda juga boleh menjadi sihat di samping menghabiskan masa bersama pasangan dan bayi anda. Jika anda dapat memupuk satu budaya senaman keluarga sekarang, ia akan menjadi lebih mudah untuk anak-anak anda menjadi sihat pada masa hadapan. Suami dan isteri juga boleh melakukan senaman antenatal yang sering dianjurkan oleh hospital-hospital bagi memberi panduan kepada bakal ibu dan ayah yang menanti kelahiran pertama. Senaman ini juga mampu mengurangkan rasa takut bakal ibu dalam menghadapi saat melahirkan anak. Walaupun melahirkan anak hanya melibatkan kaum ibu, kehadiran bapa juga amat dialu-alukan bagi memberi sokongan dan sebagai tanda kasih selain mempelajari teknik menangani situasi genting yang bakal berlaku dengan kelahiran cahaya mata mereka.

Kesan Rokok

Bagi suami yang merokok atau mengambil minuman beralkohol, ini adalah masa yang terbaik untuk anda berhenti. Asap rokok mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada semua, sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi yang belum dilahirkan. Cuba sedaya upaya untuk menjauhkan pasangan anda dari tempat-tempat yang ada orang merokok serta pencemaran udara yang lain dan jangan benarkan tetamu merokok di rumah anda.

Persediaan Mental

Selalunya bagi seorang bapa, kebapaan hanya akan menjadi kenyataan di saat bayi dilahirkan. Anda harus bersedia secara mental untuk segala yang bakal ditempuhi. Ini kerana kepesatan pembangunan teknologi maklumat serta pengaruh luaran memberi impak serta menjadi halangan bagi seorang bapa dalam mendisiplinkan bakal anak yang bakal dilahirkan. Sehubungan itu, suami harus menimba ilmu kebapaan sebanyak mungkin bagi menyampaikan mesej yang berkesan kepada anak-anak. Ilmu bukan sahaja boleh diperoleh daripada seminar, buku, malah pandangan orang tua penting bagi menambahkan keilmuan di dada. Perlu diingat, pada zaman moden ini, cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.

Proses Pembesaran

Tidak dinafikan pengaruh elektronik memberikan kesan begitu mendalam terhadap anak-anak, terutama yang sedang mengalami proses pembesaran. Cabaran berkomunikasi ini sedikit sebanyak menjadi penghalang bagi seorang bapa untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada anak-anak secara berkesan. Ini kerana bahasa anak-anak pada zaman moden berbeza berbanding pada zaman anda remaja dahulu. Sebagai contoh, dulu hanya menggunakan surat dengan penuh berhemah kepada ayah jika berkehendakkan sesuatu. Tetapi, kini cara tersebut berubah menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walaupun untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi ini masih lama tempuhnya bagi bapa yang menimbang anak pertama, namun adalah penting untuk bertatih dari sekarang dalam memperkayakan ilmu komunikasi ini. Justeru itu, peranan bapa yang bukan sekadar sebagai menyediakan keperluan asas, tetapi lebih penting sebagai pemimpin yang memupuk persefahaman dan kesejahteraan dalam keluarga. Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, seorang bapa akan berdepan dengan cabaran untuk menyeimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.

Bagi menangani cabaran tersebut, bapa perlu bijak dalam meletakkan kepentingan mana yang perlu didahulukan berdasarkan kepada keperluan. Begitu juga, ramai bakal bapa menjadi bingung apabila sedar akan implikasi terhadap kewangan mereka setelah mempunyai seorang anak. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk kaum lelaki bekerja lebih masa bagi menambah pendapatan. Namun, sedarkah bekerja lebih masa akan mengurangkan waktu untuk orang tersayang terutamanya bagi si kecil dan isteri yang baru melahirkan cahaya mata.

Wang atau Kasih Sayang

Walaupun mempunyai wang yang lebih sedikit, tetapi tidak boleh membayarnya dengan kasih sayang dan masa yang diperuntukkan bersama tersayang. Oleh itu, satu penyelesaian harus dicari, wang atau kasih sayang! Apa yang perlu anda buat ialah perbincangan dengan pasangan dalam membentuk satu belanjawan keluarga. Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi ialah siapa yang akan menjaga si kecil. Jika tiada cara lain, mungkin demi kebaikan bayi anda, ada baiknya jika pasangan berhenti kerja buat sementara sehingga bayi membesar. Ini merupakan keputusan yang harus dibuat oleh pasangan anda sahaja, oleh itu beritahu pasangan anda tentang perasaan anda mengenainya dan kemudian biarkan dia yang membuat keputusan.

Selain itu, jika belanjawan anda terlalu ketat, korbankan aktiviti-aktiviti yang sering anda lakukan seperti pergi ke kelab, membeli belah di tempat yang mahal atau berhibur tanpa batasan. Tidak dilupakan ialah menyediakan nama bayi yang bakal dilahirkan. Bagi orang Islam adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan apabila dewasa kelak seperti diejek oleh rakan sekiranya namanya mempunyai makna yang buruk dan tidak baik.

Seeloknya rujuk kepada buku-buku yang menyediakan pelbagai pilihan nama yang baik maknanya. Ada juga setengah orang yang ingin mengabungkan nama isteri dan suami. Walaupun nama itu menggambarkan suatu ikatan kukuh hubungan suami isteri sehingga lahirnya zuriat, tetapi penting di sini, harus mempunyai makna yang baik. Jangan sehingga berlaku pergaduhan suami isteri dalam menentukan nama malah kadangkala ahli keluarga seperti mertua ingin memberi nama, maka perlu ada muafakat dan persetujuan bersama untuk menamakan si comel yang bakal menyerikan rumahtangga anda.

Sumber: eTiQa YusTie: Persediaan Bergelar Ayah

The Making of Rumah Baru 2

Lakaran 3D Rumah Baru

Aktiviti semasa cuti hujung minggu. Saja cuba perisian Google SketchUp. Senang je nak pakai perisian ni. Boleh juga tunjuk gambaran pada kontraktor kalau nak ubahsuai rumah.

Majlis Aqiqah Fatin Aqilah

Selamat Lahir Fatin Aqilah

Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Fatin Aqilah binti Muhamad Faisal

Mak pun datang melawat (tengah rehearsal cucu pertama kot)

Mak Tok gembira menyambut cucu pertama

Bersama Mak Lang

Fatin Aqilah dan Ibunya

The Making of Rumah Baru

Taman DR Ipoh

Related Posts with Thumbnails