Showing posts with label :: Soal-Jawab » Temubual. Show all posts
Showing posts with label :: Soal-Jawab » Temubual. Show all posts

TV3 Al-Kulliyyah - Da'i



Maulidur Rasul Special TV3 - Keajaiban Mekah



Cikgu, kenapa tak SMS je?



Situasi seperti di atas adalah realiti sebenar yang dihadapi oleh guru-guru di zaman pendrive boleh dijadikan key chain dan storan filem resolusi tinggi menggantikan DVD. Jika difikirkan, ada logiknya. Masih relevankah Surat Kiriman Tidak Rasmi diajar di dalam subjek Bahasa Melayu, atau lebih sesuai diajar di bawah topik subjek Sejarah? Kalaulah kita di tempat guru di atas, apa nak jawab kepada murid tu?

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Episod 1



TV Al Hijrah Soal Wanita - Susu Ibu

TV Al Hijrah Soal Wanita yang bertajuk Susu Ibu, disiarkan pada 20 Oktober 2012


TV3 Al-Kulliyyah - Janji Dikota


Rakaman Al-Kulliyyah di TV3 secara langsung dari Tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak bersama Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Ustaz Haslin Baharim, dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa dengan tajuknya "Janji Dikota" pada 27 April 2012 (Jumaat).


Now Everyone Can Fly

Ye..betul! Itu adalah slogan AirAsia, (betul ke slogan? bukan cogan kata atau moto ke?) syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia untuk tahun 2009, 2010 & 2011. Petang semalam, bukak je pintu rumah, terus cari remote control. Nak tengok rakaman kat channel Astro Fiesta, CH156. Sebenarnya dokumentari biografi tu dah lama ada kat Astro. Tapi tak pernah tengok lagi. Seronok bila tengok kejayaan orang lain dalam bidang yang mereka ceburi. Baru tahu, Tan Sri Tony Fernandes la yang bawak masuk Amalina dangdut dan Raihan sebelum beliau berjaya dengan AirAsianya tu. Kat bawah ni sedutan dari dokumentari tu, Tycoon of Asia: Tony Fernandes.



Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan. Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian Online

Post Ulangan: Keturunan Nabi?

Artikel di bawah ni, penulis pernah siarkan 5 tahun yang lepas. Setiap hari/minggu pasti ada saja yang akan search menggunakan kata kunci seperti 'keturunan syed dan sharifah', 'keturunan syed', dan 'syed mohd adib' (mungkin ni keluarga penulis yang search kot).

Keturunan Syed Boleh Kahwin Dengan Puak Lain
Berita Mingguan: Ahad, 27 Mac 2005
Bersama Md Daud Che Ngah

Soalan:

SAYA bercinta dengan seorang gadis yang mempunyai gelaran Syarifah dan kami serius dalam perhubungan ini dan merancang untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi apa yang menjadi halangan kepada niat kami ini ialah sikap orang tuanya yang berkehendakkan menantu daripada golongan Syed yang dikatakan daripada golongan ulama.

Alasan yang diberikan ialah keturunan Syed dan Syarifah adalah keturunan Nabi manakala golongan ulama adalah pewaris nabi dan mereka ingin memastikan yang keturunan itu terus kekal dalam keluarga mereka.

Fikiran saya menjadi buntu apabila memikirkan perkara ini. Saya ingin memohon penjelasan daripada ustaz:

Benarkah apa seperti yang di dakwakan oleh ibu bapa kekasih saya itu?

Adakah Islam tidak menggalakkan perkahwinan seperti itu berlaku?

Adakah Nabi sewaktu hayatnya juga menjodohkan saudara-maranya sendiri daripada kalangan mereka juga?

Benarkah keturunan nabi memperoleh dua syafaat apabila hari akhirat kelak?

Apakah yang harus saya lakukan supaya orang tua gadis itu dapat menerima saya sebagai menantunya?

Jawapan:

ADA tiga perkara yang boleh dirangkumkan daripada lima soalan yang saudara kemukakan. Pertamanya, memang diakui, keturunan Syed dan Syarifah ini keturunan pewaris nabi. Ramai daripada keturunan ini dahulunya ulama besar yang menyebarkan Islam malah mazhab Shafie juga dibawa oleh ulama-ulama ini ke Nusantara.

Mengikut sejarah, apabila berlaku pergeseran antara Saidina Ali dan Muawiyah, ramai daripada keluarga Saidina Ali ini meninggalkan Makkah dan membawa diri ke Hadramaut dan Yaman. Bagaimanapun mereka kembali ke Makkah pada zaman Khalifah Harun Ar Rasyid.

Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat dua syafaat di akhirat kelak. Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap menerima seksaan Allah yang keras.

Yang kedua, walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Jika disorot sejarah silam, Baginda Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah daripada bangsa Yahudi.

Justeru, salah pendapat mengatakan keturunan ini hanya boleh berkahwin sesama mereka saja. Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Jika ada keserasian, tidak kiralah apa bangsa dan keturunan kahwinlah kerana keserasian ini membawa kebahagiaan.

Jika bapa kekasih saudara mahu kahwinkan anaknya dengan Syed juga, perlulah dia menunggu kedatangan Syed yang sudi mengahwini anaknya, jika tidak jadilah andartu. Si ayah juga haruslah memahami kehendak anaknya, apa yang penting adalah kebahagiaan anaknya bukan menunggu lelaki dari keturunan Syed juga sedangkan anaknya tidak suka.

Allah menjadikan manusia ini berpuak-puak, berlapis-lapis untuk kita saling mengenali. Jika keturunan Syed dan Syarifah berkahwin dengan orang biasa, bukankah itu sudah membuka jalan perkenalan dengan puak lain?

Yang ketiga, tidak banyak yang boleh saudara lakukan. Meskipun saudara dan Syarifah merancang untuk berkahwin tetapi ia haruslah mendapat restu keluarga jika tidak perkahwinan itu tidak akan aman.

Lagi satu, jika keturunan Syed dan Syarifah yang saudara dampingi ini benar-benar orang yang beriman sebagai mana selayaknya keturunan nabi, mereka tidak akan memilih-milih menantu dan tidak akan mengira apa bangsa dan keturunan pun untuk dijadikan bakal suami si anak. Apa yang penting keserasian.

Rahsia Muda Dr. Mahathir

Sumber: Utusan Malaysia Online

Apa hobi Tun pada masa lapang?

Sebenarnya saya tidak banyak masa lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan. Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.

Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?

Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percaya kalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagi tugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatan dan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasa lebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas. Jadi, orang yang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akan menghabiskan masa siang dan malam mereka.

Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?

Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadang dapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itu telah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripada sakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.

Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitu kalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepada doktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubat yang perlu saya makan. Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga guna treadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.

Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?

Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari. Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapi kegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yang saya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dan sayur keladi. Ini adalah kegemaran saya. Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Saya makan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiap kali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.

Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?

Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbel pagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya juga guna treadmill dan berjalan.

Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersama keluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?


Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekali saya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti pun kalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu ke luar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelah dijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan. Semasa bercuti, seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Saya biasanya bercuti di laut Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi ke bandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dan kadang-kadang juga di Perancis.

Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?

Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya. Sebab itu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai. Dan saya tak minat untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.

Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?

Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabun mata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua. Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.

Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?

Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak boleh berharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripada dapat jangkitan. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kita tidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnya ada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai. Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask (topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadan yang lalu, saya pergi pasar Ramadan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan dan penjual-penjual tidak memakainya. Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.

Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?

Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripada awal supaya tidak menjadi terlalu gemuk kerana makan keterlaluan dan mereka jaga supaya mereka cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita. Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkan penyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secara sedikit, tak terlalu banyak.

Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalu mengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir ini memberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendaki terutama berkenaan berat badan. Dan kita punya profail, kalau kita tengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jaga makan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat. Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang tak begitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bila nampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.
Related Posts with Thumbnails