Tuan Yang di-Pertua,
Tahun 2010 ini adalah sidang kali ke-4 saya berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam menjayakan istiadat yang penuh dengan debaran dan cabaran. Bermula sebagai Pegawai Pengiring, ramai pembesar, pemimpin, dan selebriti telah saya temui secara langsung seperti Tuanku Bainun, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato' (Dr.) Lat, Profesor Diraja Ungku Aziz, dan yang terkini
Tan Sri (Dr.) Harussani Zakaria.
Pada Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-10 iaitu pada Mac 2008, saya telah terpilih dan ditugaskan sebagai Pegawai Pengiring kepada Exco Pendidikan dan Teknologi Maklumat Negeri Perak iaitu
Dato' Zambry Abdul Kadir (sekarang Dato' Seri). Atas sebab-sebab tidak cukup kerusi (pada ketika itu), beliau tidak dapat hadir kerana pada masa itu, beliau bukan lagi Exco Negeri Perak. Jika tidak, pasti saya berbangga kerana dapat mengiringi bakal
Menteri Besar Perak (yang sah pada ketika ucapan ini ditaip).
Setahun kemudian iaitu pada Mac 2009, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkhidmat sebagai Pegawai Pengiring dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada En Musa, untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada
Sistem Pengurusan Graduan UPSI yang telah dibangunkan oleh Pusat ICT dengan kerjasama dan sokongan daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Pusat Teknologi Pendidikan UPSI. (boleh hubungi Pusat ICT UPSI untuk pertanyaan/pembelian +605-450-6922/6643).
Tuan Yang di-Pertua,
Sistem Pengurusan Graduan atau
eConvo ini sama seperti sistem-sistem pengurusan graduan di IPT yang lain iaitu mempercepat dan memudahkan pengurusan graduan ketika berbaris untuk naik ke pentas (kecuali
Anugerah Anumerta) dan menerima skrol dari Canselor/Pro-Canselor, selain memudahkan pemaparan nama graduan dan dibaca oleh Dekan melalui skrin di atas rostrum, setelah
Tiket Kod Bar Graduan diimbas pada sistem eConvo tersebut.
Menggunakan
Visual Basic 6 sebagai bahasa pengaturcaraan, sistem ini sangat ekonomi dan mudah untuk digunakan kerana hanya menggunakan kertas yang dicetak kod bar nombor matrik graduan. Justeru, tidak hairanlah saban sidang konvokesyen (dah lama tak guna perkataan "saban" ni), ada saja graduan yang kehilangan tiket kod bar (yang sangat murah kosnya) akibat kecuaian ketika di tandas, termakan akibat kelaparan ketika kebosanan mendengar ucapan dari wakil graduan yang mengingatkan rakan-rakannya untuk membayar kembali pinjaman
PTPTN/MARA/PAMA, dan hilang atau ghaib secara tiba-tiba ketika sedang berbaris untuk naik ke pentas.
Pada
Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen kali Ke-12 ini, petugas Pusat ICT dengan beraninya untuk tidak membuka gerai "
Mencetak Kembali Tiket Kod Bar Yang Hilang" kerana percaya dan yakin bahawa sistem ini dapat memaparkan nama graduan secara manual tanpa mengimbas Tiket Kod Bar Graduan yang sememangnya telah hilang itu (sebenarnya pencetak kecil tu sebelum hari kejadian, tidak pasti kemana hilangnya). Justeru, dikesempatan ini, saya ingin dengan ikhlas memohon maaf kepada petugas Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI kerana terpaksa balik ke pejabat untuk mencetak beberapa Tiket Kod Bar Graduan yang hilang itu (graduan tersebut telah memaklumkan kepada petugas sebelum majlis berlangsung).
Tuan Yang di-Pertua,
Secara teknikalnya, sistem telah dipantau dan diuruskan dengan baik, atau dalam erti kata lain, sistem akan memaparkan output pada skrin utama mengikut Tiket Kod Bar Graduan yang diimbas. Andai kata tiket tersebut milik Syarifah Qaisara Aleesya, "
Syarifah Qaisara Aleesya"lah yang akan dipaparkan pada skrin utama, walaupun yang naik ke pentas itu adalah graduan lelaki yang bernama
Syed Mohd Adib (bukan nama graduan sebenar, sekadar contoh sahaja), atau dalam bahasa mudahnya, dengan izin, "
What You Scan is What You Get" (WYSIWYG).
Benarlah kata ustaz, Allah tidak menjadikan sesuatu musibah atau masalah itu tanpa ada hikmah (atau monot) disebaliknya. Berkemungkinan besar, hikmah pertama yang hendak ditunjukkan oleh Allah ialah, kesilapan manusia atau dengan izin, "
human error" perlu diberi perhatian yang sangat serius dalam usaha kita menjadikan sesuatu kerja itu dapat dijalankan dengan teratur dan sempurna. Sehebat mana pun sistem atau teknologi, sekiranya tidak diguna atau diuruskan dengan betul, akan mengakibatkan masalah kepada kita semula.
Kedua, Dekan tidak mengucapkan perkataan "
DAN" sebelum nama graduan terakhir disebut. Ini adalah beberapa masalah yang belum disistemkan. Sedikit sebanyak, Dekan akan tergangu ketika jurupandu graduan memberitahu Dekan supaya mengucapkan perkataan "DAN" samada secara lisan atau perbuatan apabila graduan terakhir sudah berada di tangga dewan. Dekan akan bertambah keliru apabila diminta untuk mengucapkan perkataan "DAN" pada ketika masih ada ramai lagi graduan sedang berbaris.
Walaupun ada pihak yang beranggapan masalah Dekan tak dan nak sebut "DAN" itu adalah masalah kecil, namun saya berpendapat bahawa sesuatu perlu dilakukan dan diselesaikan secara sistem. Tambahan pula, pengguna sendiri pernah memohon supaya masalah "DAN" ini dapat disistemkan. Hasil perbincangan bersama rakan sepejabat, saya telah mendapat ilham untuk menyelesaikan masalah ini iaitu mengasingkan paparan skrin Dekan dengan skrin utama. Pada masa ini, secara asasnya, apa sahaja yang dipaparkan pada skrin Dekan, akan turut terpapar pada skrin utama (kecuali warna hitam pada skrin Dekan).
Akhirnya, hasil daripada perbincangan, penerangan dan pertanyaan kepada
Encik Google, saya berpendapat, istiqamah, yakin serta percaya, dengan izin, "
USB to VGA Converter" adalah jawapan yang tepat kepada masalah "DAN" seperti yang dinyatakan di atas. Semoga usaha untuk membeli peralatan tambahan tersebut akan mendapat perkenan dan kelulusan dari pihak pengurusan.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan.
Jumaat, 19 Mac 2010