Bersahur Cara Nabi


Utusan Malaysia: Jumaat, 29/09/2006
Oleh
Mohd. Yaakub Mohd. Yunus

Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923) Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w., "Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit." (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919) Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak.

Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.
Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187) Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920)

Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114) Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)

Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.

Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:

1) Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2) Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Auto Gordian Knot

Pearl Harbor (saiz asal: 624 x 272)

Garfield The Movie (saiz asal: 608 x 336)

Auto Gordian Knot v2.33b

Setelah sekian lama mencari, akhirnya jumpa gak software yang best, mesra pengguna, mudah,
sangat sesuai digunakan untuk pengguna amatur dan yang paling penting, software ini adalah PERCUMA! Tidak perlu serial number dan tiada tamat tempoh penggunaan.
Sebenarnya Auto Gordian Knot ni adalah versi peningkatan dari versi asal iaitu Gordian Knot yang lebih sesuai digunakan oleh pengguna profesional untuk mengoyak (rip) DVD kepada bentuk file .avi (XviD atau DivX). Dengan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah, pengguna dapat membuat backup DVD dan seterusnya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, dengan hanya mengambil masa 2 hingga 6 jam, bergantung kepada kemampuan hardware & setting yang ditetapkan oleh pengguna tersebut.

Aku telah pun membuat beberapa eksperimen terhadap beberapa DVD seperti DVD Breakin' All The Rules (disalin dengan izin dari Sabil Fikri Sahimi), dan hasilnya sangat memuaskan! Boleh dikatakan quality video dan audio, hampir menyamai video dvdrip yang diupload oleh dvdripper terulung, aXXo dan DiAMOND, yang sangat popular di website Torrenspy.

Gambar dari Satelit

Subhanallah! Makkah

The Pentagon

Pulau buatan manusia seperi pohon tamar di Dubai

Old Town: Kopitiam

Sepatutnya aku order oldtown enrich chocolate (ice)

Macam teh ais je. Bezanya, segelas RM1.80

Related Posts with Thumbnails