Setelah sekian lama mencari, akhirnya jumpa gak software yang best, mesra pengguna, mudah, sangat sesuai digunakan untuk pengguna amatur dan yang paling penting, software ini adalah PERCUMA! Tidak perlu serial number dan tiada tamat tempoh penggunaan. Sebenarnya Auto Gordian Knot ni adalah versi peningkatan dari versi asal iaitu Gordian Knot yang lebih sesuai digunakan oleh pengguna profesional untuk mengoyak (rip) DVD kepada bentuk file .avi (XviD atau DivX). Dengan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah, pengguna dapat membuat backup DVD dan seterusnya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, dengan hanya mengambil masa 2 hingga 6 jam, bergantung kepada kemampuan hardware & setting yang ditetapkan oleh pengguna tersebut.
Aku telah pun membuat beberapa eksperimen terhadap beberapa DVD seperti DVD Breakin' All The Rules (disalin dengan izin dari Sabil Fikri Sahimi), dan hasilnya sangat memuaskan! Boleh dikatakan quality video dan audio, hampir menyamai video dvdrip yang diupload oleh dvdripper terulung, aXXo dan DiAMOND, yang sangat popular di website Torrenspy.
0 comments:
Post a Comment