Tip Membantu Anak Bercakap


Percakapan Kanak-kanak
  • Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-linguistik).
  • Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.
  • Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’ sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.
Tip Membantu Anak Bercakap
  • Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.
  • Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas.
  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.
  • Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.
  • Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
  • Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.
  • Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian, mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika perkataan yang diucapkan tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang dirasakan cuba disebutnya.
  • Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
Sumber: Rohaniza Idris



Jatuh Bangun Aleesya Berjalan

Ruang Kerja di Tempat Baru

Di atas adalah ruang kerja di Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sudah lebih kurang 4 bulan kami berpindah ke sini. Jika diperhatikan, kelihatan dua ekor panda berbaju merah dan hijau sedang berpaut pada kalender di antara telefon dan monitor LCD 19". Turut kelihatan bekas air KFC bertutup yang terletak berhampiran mouse pad dan ini jelas membuktikan tetikus berkenaan adalah betina. Terdapat dua notebook dan salah satunya disambungkan kepada dua monitor untuk memudahkan urusan kerja selain digunakan sebagai dinding atau penghalang memandangkan meja tersebut hanya dilindungi partition di bahagian hadapan sahaja.

Ibu, Aleesya dan Secret Recipe

Kek Hari Lahir Ibu, Brownies Ice Cream

Makanan Ayah, Grill Black Pepper Chicken

Makanan Ibu, Grill Mushroom Chicken

Makanan Aleesya, Kid's Burger

Ibu dan Aleesya

Hari ini ulang tahun kelahiran Ibu untuk kali ke-26. Makanya, seluruh Negeri Perak diisytiharkan Cuti Umum bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak. Daulat Tuanku!



Aleesya, Ais Krim dan Minum Sendiri

Ni gambar Aleesya comot makan ais krim. Aleesya memang sangat suka makan. Apa-apa saja yang ayah dan ibu makan, pasti dimintanya. Aleesya dah nak boleh jalan dah. Sudah boleh menapak 2,3 langkah. Perlu banyak latihan lagi. Kalau dengar muzik, Aleesya akan menggerakkan-gerakkan badannya mengikut rentak muzik tersebut. Antara perkataan pertama yang boleh disebut oleh Aleesya adalah 'ayah', 'lantak' dan beberapa lagi perkataan yang hanya difahami oleh kanak-kanak sebaya dengannya. Aleesya juga sudah pandai minum sendiri menggunakan bekas air berstraw di atasnya. Sekian sahaja laporan dari ayah untuk pengetahuan keluarga di Ipoh.


Seminar Motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

"Setia pada yang satu..."


Petang Jumaat yang lepas, warga staf UPSI diberi peluang menghadiri Seminar Motivasti bertajuk 'Adakah Aku Punca Masalah di Pejabat'. Seminar motivasi selama lebih kurang 150 minit ini disampaikan secara percuma oleh YBhg. Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Related Posts with Thumbnails