Tip Membantu Anak Bercakap


Percakapan Kanak-kanak
  • Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-linguistik).
  • Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.
  • Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’ sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.
Tip Membantu Anak Bercakap
  • Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.
  • Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas.
  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.
  • Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.
  • Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
  • Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.
  • Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian, mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika perkataan yang diucapkan tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang dirasakan cuba disebutnya.
  • Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
Sumber: Rohaniza Idris



0 comments:

Related Posts with Thumbnails