Lawatan Tapak Kampus Sultan Azlan Shah UPSI 2

Bangunan fakulti-fakulti di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

Salah sebuah Dewan Kuliah di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

Dari kiri: Panggung Percubaan dan Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI


Lawatan Tapak Kampus Sultan Azlan Shah UPSI 1

Lawatan Tapak Kampus Sultan Azlan Shah UPSI 1

Pusat Komputer, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

Tempat Letak Kereta berhadapan Pusat Komputer

Pandangan dari Tingkat 2 Pusat Komputer

Pandangan dari belakang Pusat Komputer, Cafeteria (Soru Sapedek)


Lawatan Tapak Kampus Sultan Azlan Shah UPSI 2

Sistem Pengurusan Graduan Lancarkan Istiadat Konvo UPSI


UPSI - Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya membangunkan Sistem Pengurusan Graduan untuk mengatasi masalah yang dihadapi sewaktu berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen. Sistem yang dibangunkan oleh Penolong Pagawai Teknologi Maklumat ICT, Tuan Syed Mohd Adib Syed Mohd pertama kali digunakan pada bulan Mac 2009 dan ia dibuat penambahbaikkan untuk digunakan pada Istiadat Konvokesyen ke-12 Sidang Kedua yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober 2010. Menurut Timbalan Pengarah Pusat ICT, Puan Norazizah Othman, sistem ini mula dibangunkan sejak tahun 2008 selaras dengan keperluan pihak Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk mengatasi masalah mereka dalam menguruskan graduan.

"Ianya telah dinaiktaraf dengan rakaman suara bagi menggantikan peranan dekan yang menyebut nama-nama graduan" katanya.

Penggunaan sistem ini berjaya mengatasi masalah menyebut nama graduan yang tidak tepat serta memudahkan dan melancarkan Majlis Istiadat Konvokesyen. Melalui sistem tersebut, katanya, terdapat beberapa komponen iaitu muat turun data graduan yang diambil dari maklumat akademik dan boleh dimasukkan susunan istiadat seperti agenda istiadat, bacaan doa, ucapan Tunku Canselor, Naib Canselor, Pro-Canselor dan penerima anugerah-anugerah. Antara ciri-ciri sistem ini ialah dapat merakam suara nama-nama graduan, muat turun data, papar nama graduan dan cetak kodbar.

"Kelebihan sistem ini ialah ianya kecil dan mudah dilaksanakan kerana menggunakan perkakasan yang minimum, menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic 6.0 dan pangkalan data Microsoft Access," katanya.

Penggunaan barkod juga boleh menggunakan kertas A4, kos yang murah dah lebih efektif berbanding kaedah lama di mana dekan akan terus menyebut nama graduan yang menerima ijazah melalui kodbar yang diberikan. Beliau berkata sistem ini juga telah berjaya menarik minat Institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk digunakan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Zakaria Kasa
"Sistem yang sangat baik, dapat elak daripada melakukan kesilapan menyebut nama pelajar. Proses menyampaikan ijazah lebih cepat. Sesi konvokesyen dapat selesai lebih awal."

Dekan Fakulti Sains dan Matematik, Prof. Madya Dr. Mustaffa Ahmad
"Memudahkan dekan, tidak perlu menyebut nama pelajar lagi dan memberi tumpuan kepada meraikan graduan."

Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Prof. Madya Dr. Noor Shah Saad
"Tiada lagi tekanan dekan untuk menyebut nama pelajar."

Profesor, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi/Mantan Dekan IPS, Prof. Dr. Omar Abdull Kareem
"Lebih efektif, menjimatkan masa, pergerakan graduan lebih teratur, masalah kesilapan meyebut nama dapat dikurangkan, kurang tekanan."

Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Pn. Azzah Abdul Latiff
"Sangat efisien, nampak seragam, lancar dan sangat konsisten. Tidak perlukan ramai staf untuk membantu."

Oleh: Sajaratul Nor Kasim dan Nurhayati Nasir, Foto: Nurul Hasniza binti Mohd Rashid
Sumber: Warta Kampus UPSI, Edisi: 1-15 Oktober 2010

Daftar nama sebagai pemilik matahari?


MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan. Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer. Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria. Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari. Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari. Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Sumber: Kosmo! Online

Di Balik Tabir Rakaman Nama-Nama Graduan

Buat pertama kalinya, UPSI telah menggunakan rakaman suara sebagai pengganti kepada sebutan nama-nama graduan oleh Dekan atau juruacara majlis. Penggunaan kaedah baru ini telah mempercepatkan proses pemberian skrol dan sudah pasti tidak berlaku kesalahan sebutan nama-nama graduan.

Dari kiri: Cik Nurhayati, En. Ikmal Redzuan dan En. Mohd Halim

Foto oleh: Nurul Hasniza binti Mohd Rashid

Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-12 Sidang Kedua

Alhamdulillah, selesai sudah Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-12 Sidang Kedua ni. Kali ni, dekan-dekan bertuah kerana tidak perlu lagi membaca nama-nama graduan pada skrin yang disediakan. Dekan hanya perlu senyum dan bersalam dengan graduan di sebelah rostrum di atas pentas. Nama-nama graduan akan di'baca' oleh sistem yang telah dirakam lebih awal sebelum istiadat berlangsung.

Proton Inspira ganti Proton Waja


Proton hari ini melancarkan model baru yang dinamakan Proton Inspira bagi menggantikan model Waja di pasaran. Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000. Tempahan bermula hari ini di semua cawangan Proton Edar.

Sumber: Paultan, Utusan Malaysia Online

Siaran Langsung Bajet 2011


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, dan semua yang mengenali kami. Maaf Zahir dan Batin.

Penangan Proton Waja Lancer 2010


Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua pengunjung blog ni. Untuk pertama kalinya blog ni telah dikunjungi oleh beratus-ratus pembaca dari seluruh dunia yang kebanyakkannya datang untuk mendapatkan maklumat berkenaan "Proton Waja Lancer" yang telah ditayangkan di Buletin Utama dan Nightline TV3. Terima kasih daun keladi kepada semua terutamanya rakan-rakan blog yang turut mempromosikan blog ini.

Proton Waja Lancer di Nightline TV3

Tahniah TV3 kerana berjaya mendapatkan gambaran terbaru berkenaan Proton Waja Lancer yang telah disiarkan di Nightline TV3. Berikut adalah snapshot yang telah dirakam:


Model pengganti Waja ini bakal dilancarkan pada bulan November 2010, tetapi pra pelancarannya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. Model yang mengekalkan hampir 95% Lancer tetapi mempunyai imej Proton ini dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual), RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter.

« Proton Waja Lancer di Buletin Utama TV3 »

Proton Waja Lancer di Buletin Utama TV3

Tahniah TV3 kerana berjaya mendapatkan gambaran terbaru berkenaan Proton Waja Lancer yang baru sahaja disiarkan di Buletin Utama TV3. Berikut adalah snapshot yang sempat dirakam:


Model pengganti Waja ini bakal dilancarkan pada bulan November 2010, tetapi pra pelancarannya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. Model yang mengekalkan hampir 95% Lancer tetapi mempunyai imej Proton ini dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual), RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter.

« Proton Waja Lancer di Nightline TV3 »

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2010


Hari Raya 2010 Jatuh Pada Hari Khamis?


Usah terpengaruh raya Khamis

Oleh Hazirah Che Sab

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.

Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM. Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah. Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.

Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi. Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.

Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat. Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak, katanya.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari. Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.

Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam. Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.

Sumber: Berita Harian Online

Iklan Raya 2010 TV3 Ditarik Balik

Duit Raya, Bonus & Kenaikkan Gaji Kakitangan Awam

Koleksi berita berkaitan Duit Raya, Bonus & Kenaikkan Gaji Perkhidmatan Awam 2010:

12 Mei 2010

Menaikkan sejuta gaji kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikan rakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepada rakyat berpendapatan tinggi.

“Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahulu yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekaligus menjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang. Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi dan selesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melalui peningkatan motivasi pekerja.

“Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tiga tahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia cawangan Kelantan di sini. Awang Adek berkata kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji kakitangan awam dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh pendapatan RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan gaji kakitangan awam kepada RM45,000 setahun.

15 Mei 2010

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji kakitangan awam rendah dan yakin kerajaan diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara dari AS$7,000 (RM22,400) kepada AS$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun ini. Kata beliau, tekad untuk meningkatkan pendapatan negara itu akan turut melibatkan kakitangan awam yang memperoleh gaji minimum sekitar RM1,024.

"Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.

CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan awam yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan.

20 Mei 2010

Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan. Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

17 Ogos 2010

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Cuepacs meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Omar berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

25 Ogos 2010

Kakitangan awam dapat bantuan RM500

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54. Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan. Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri. Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini. Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Akhirnya: Electric Train Service

Setelah berjanggut menunggu, dari mula kerja di UPSI, sampai Aleesya dah masuk 3 bulan lebih, akhirnya keretapi elektrik dari Ipoh ke Seremban telah secara rasminya beroperasi pada hari ini, 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431. Dengar khabarnya, kelajuan keretapi ni boleh mencecah lebih 160 km/j. Mulai hari ini sehingga 12 Januari 2011, ETS menawarkan harga promosi sebanyak RM30 untuk perjalanan sehala Kuala Lumpur-Ipoh. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman rasmi ETS di www.ets-train.com.my.

Video YouTube Aleesya (Part 7)

Aleesya Manja Bersama Ibunya


Pendaftaran Pelajar di Kolej Zaba

Alhamdulillah, sesi pengambilan gambar pelajar baru Ijazah Sarjana Muda di Kolej Zaba, UPSI telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Sedikit perubahan telah dilakukan seperti susunan kaunter dan penggunaan latar belakang yang lebih baik telah menyumbang kepada kelancaran perjalanan sesi tersebut. Terima kasih daun keladi kepada semua petugas yang terlibat dalam menjayakannya.

Jom Update Kad Pintar UPSI

Jom ramai-ramai ke Bangunan Canselori UPSI untuk kemaskini data di dalam Kad Pintar UPSI (UMPC) khas untuk staf-staf Fakulti di UPSI sahaja. Kelihatan (gambar di atas) staf Pusat ICT sedang tekun dan sedia berkhidmat untuk mengemaskini data Kad Pintar staf yang terlibat. Kaunter sedang dibuka sehingga jam 4.30 petang sahaja. Jangan lepaskan peluang ini!

Aleesya Gembira Bersama Ayahnya


Related Posts with Thumbnails