Filem KRU Studios: Magika


Antara filem terbaru keluaran KRU Studios, Magika arahan Edry Abdul Halim. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ruminah Sidek, Diana Daniel, Mawi, Ning Baizura, KRU, Nabil, M.Nasir, Norman Hakim, Vanida Imran, Raja Azura, Zaibo, Haziq TTB, Marsha AF3, Saiful Apek, Senario, Sharifah Aleeya, Sharifah Amani, Adibah Noor dan ramai lagi. Filem musikal yang akan menampilkan 14 buah lagu ini dijangka akan ditayangkan pada September 2010.

Sinopsis:

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.



1 comments:

Jong said...

Not bad not bad...i'm going to watch it.

Related Posts with Thumbnails