Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 2)

Kisah Kelahiran Aleesya (Siri 1)

Aku seterusnya azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya. Matanya tengok je aku, tak lama selepas tu air mata kirinya meleleh ke pipi. Syahdu kot dengar ayahnya azan. Masa nak azan tu, tak berani aku nak pegang. Lagipun Aleesya masih lagi dipakaikan bekas plastik oksigen. Selepas selesai azan, aku pun keluar. Mak dan abah teruja je nak dengar cerita dari aku.


"POMPUAN", ayat pertama yang keluar dari mulut aku. Tak surprise sangat pun, saja nak sahkan mak dan abah dapat cucu perempuan. Sebelum ni memang dah dapat tahu dari scan 3D dan disahkan 3 kali oleh Dr. Anjalai Pathmalingam, Klinik Pakar Wanita Anjalai, Hospital Pantai, Ipoh dan dikukuhkan lagi dengan Kalendar Jantina Bayi.

Sementara menunggu Aleesya dan ibunya keluar dari Bilik Bedah, aku terus menghantar SMS untuk berkongsi berita gembira ni. Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa tu. Bersyukur sangat, semuanya selamat dan berjalan lancar. Tak lama selepas tu, aku dipanggil oleh kakak iparku untuk ikut sama ke wad bersalin di bangunan sebelahnya.

Sesi ambil gambar Aleesya pun bermula setelah semua jururawat beredar dari bilik wad Kelas Satu Katil Empat tu. Masa baru-baru ni, aku tak berani nak pakai flash, takut terkejut pulak Aleesya nanti. Seterusnya sesi 'pecah mulut' atau 'tahnik', iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Kebetulan ada air zam-zam, aku pun celup kurma tu dengan air yang paling baik di dunia ni.


Bersambung...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails