Sejak dah jadi ayah ni, sensetif banyak dengan berita-berita yang bersangkut paut dengan bayi ni. Boleh kata setiap hari, ada saja berita pasal buang bayi, anak kena dera, bayi tercekik di taska, dan banyak lagi. Kat bawah ni cerita pasal tempat khas untuk 'tinggalkan' bayi. Kalau pikir-pikir balik, okey juga la idea ni dari buang merata-rata bayi tu. Tapi biasanya mereka yang tak bertanggungjawab ni takut nak pergi ke tempat-tempat macam ni. Kalau diikutkan, sepatutnya tak perlu pun nak wujudkan tempat "Pelindung Bayi" ni. Dunia sudah semakin dekat ke penghujungnya. Semoga kita semua diselamatkan Allah dari bala bencana atas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti kes buang bayi ni.
Orphan Care adakan pelindung bayi pertama di Malaysia
PETALING JAYA 29 Mei - Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (Orphan Care) mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka meninggalkannya dengan selamat.
Ruang tersebut yang dikenali 'pelindung bayi' itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia ditempatkan di pejabat pertubuhan itu di 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku di sini. Ia dilancarkan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang turut merasmikan Pusat Perlindungan Bayi dan Anak Yatim Orphan Care di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Orphan Care, Datuk Adnan Mohd. Tahir.
Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Shahrizat berkata, pihaknya menyokong usaha NGO berkenaan mewujudkan ruang tersebut bagi keselamatan bayi yang ditinggalkan. Namun, beliau menegaskan, ia tidak bermaksud kementeriannya menggalakkan kehamilan luar nikah di negara ini malah ia tidak sepatutnya diwujudkan jika ibu bapa bayi berkenaan bertanggungjawab dan amanah.
"Pelindung bayi merupakan salah satu cara penyelesaian alternatif untuk ibu terdesak. Kita membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cara betul iaitu meninggalkan bayi mereka di pelindung bayi ini atas keizinan mereka dan Orphan Care akan membantu bayi berkenaan mencari keluarga yang sesuai," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online, Gambar: Berita Harian Online
3 comments:
Very thoughtful of them. :P
Better selaraskan penggunaan 'baby' atau 'bayi'..then your article will bw good.. =)
makin senang la diowang "membuang"bayi ke sini kan??
Post a Comment